trending_flat

GRAFIK MANUSIA HARI KEBANGSAAN ‘SELAMAT DATANG’ DALAM TIGA BAHASA, BUKAN HANYA MANDARIN

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi TikTok satu video yang memaparkan grafik manusia dengan Bahasa Mandarin ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024. Video pendek ini telah mewujudkan naratif seolah-olah bahawa Bahasa Mandarin diagungkan ketika sambutan Hari Kebangsaan lalu membangkitkan sentimen perkauman. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Rujukan JOMCHECK terhadap MyCheck Malaysia mendapati bahawa mereka telah membuat semakan berhubung isu ini dan memberikan penjelasan yang menyeluruh. STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Grafik manusia yang tular itu membawa maksud ‘Selamat Datang’ dan dihiasi dengan 3 bahasa bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

trending_flat

KONSERT ‘TRIBUTE TO P.RAMLEE’

Konsert "Tribute To P.Ramlee" anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak akan menganjurkan Konsert ‘Tribute To P.Ramlee’ pada 22 - 23 November 2024 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching Sarawak. Program yang dilaksanakan selama 2 hari ini akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi sebagai tetamu kehormat bagi konsert tersebut. Program ini merupakan program penyemarakkan karya seni, sastera, teater warisan dan karya agung yang dianjurkan dengan beberapa objektif utama untuk menghargai warisan seni seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, yang telah memberi sumbangan besar kepada industri seni negara. Ia juga bertujuan mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee […]

trending_flat

Peranan pendidikan dan media sosial dalam melindungi hak masa depan anak kita 

Oleh: Dr. Siti Idayu Hasan, Prof. Madya Dr. Farizah Mohd Hairi Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November 2024, yang bertemakan "Untuk setiap kanak-kanak, setiap hak," kita terpanggil untuk menghormati hak asasi generasi muda kita. Antara hak yang paling utama adalah hak kesihatan, pendidikan berkualiti, dan perlindungan daripada pengaruh berbahaya.  Hari ini, salah satu ancaman paling bahaya kepada kesejahteraan kanak-kanak adalah peningkatan penggunaan rokok elektronik dan vape di kalangan remaja. Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), yang baru dilaksanakan di Malaysia pada 1 Oktober, menyediakan rangka kerja undang-undang yang sangat penting untuk menangani isu ini. Namun, undang-undang sahaja tidak mencukupi; kita perlu memanfaatkan pendidikan dan media sosial sebagai sekutu kuat dalam perjuangan ini.  Penggunaan vape telah mendapat populariti yang membimbangkan di kalangan remaja, ditambah lagi dengan tempoh masa yang banyak dihabiskan oleh golongan muda di media […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation