Asya’irah sebagai pegangan akidah arus perdana umat Islam
Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam, soal keyakinan yang tepat lagi benar sangat penting bagi memastikan apa yang diyakini sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, persoalan tentang akidah telah dan akan terus dibincangkan oleh umat Islam. Antara polemik yang sering muncul adalah tentang kedudukan Asha’irah sebagai aliran akidah yang menjadi pegangan arus perdana umat Islam dari dulu sehingga kini. Mengapakah pegangan akidah perlu dinisbahkan kepada aliran tertentu? Mengapa Asha’irah dianggap sebagai pegangan akidah yang benar dan mewakili pegangan umum umat Islam. Dalam penulisan ini akan dijelaskan dua persoalan utama di atas. Namun sebelum dibincang lanjut berkenaan Asha’irah adalah penting untuk kita fahami maksud dan hakikat akidah terlebih dahulu. Secara bahasa, akidah berasal dari perkataan ‘aqada – ya’qidu yang bermakna ikatan. Dalam bahasa Arab, perkataan ini menunjukkan makna keteguhan, ketentuan, […]