trending_flat

Dua permata pengajian Melayu dari Malaysia

Oleh Dr Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah dua tokoh yang membawa impak besar dalam dunia Pengajian Melayu di Malaysia dan Universiti Malaya khususnya, malah pengaruh mereka turut merentasi perbatasan Malaysia. Sumbangan dan pandangan mereka bukan sahaja mengubah landskap pendidikan tinggi Melayu di negara ini, tetapi juga membentuk cara masyarakat melihat dan memahami pengajian Melayu dalam kerangka yang lebih holistik dan mendalam. Sejarah tercipta pada 23 Oktober 2024 bersamaan 20 Rabiuawal 1446H yang lalu apabila Prof. al-Attas dimasyhurkan sebagai Profesor Diraja Terhormat. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pelantikan tersebut di Istana Negara, turut hadir dalam majlis khas tersebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Diraja Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri […]

trending_flat

Umat Islam perlu peka dan cakna ajaran Islam sebenar

Oleh: Rusli Abdul Roni Baru-baru ini heboh diperkatakan soal ajaran sesat yang dikaitkan dengan GISB. Antara salah satu fenomena yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini adalah kemunculan ajaran sesat. Fenomena ini bukan sahaja membawa kesan negatif kepada individu, malah kepada masyarakat dan umat Islam secara keseluruhan. Oleh itu, umat Islam perlu peka dan cakna terhadap ajaran Islam yang sebenar untuk memastikan keutuhan dan kesucian agama terus terpelihara. Walaupun isu ini bukanlah perkara baharu, malah telah wujud sejak zaman berzaman sejak zaman para nabi dan rasul lagi, namun mesti disedari bahawa ajaran sesat merupakan satu ancaman yang serius terhadap akidah umat Islam. Seperti kes Musailamah alkazzab dan lain-lain yang dicatatkan dalam sejarah Islam.  Ajaran sesat adalah penyimpangan daripada ajaran Islam yang sebenar dan seringkali menyesatkan pengikutnya melalui dakwaan yang menyeleweng daripada ajaran al-Quran dan […]

trending_flat

TRIO Lancar Produk Keselamatan Kediaman Pintar 360 Botslab di Malaysia, Memperkenalkan Penyelesaian AI Termaju kepada Pengguna Tempatan

Mentakrifkan semula Keselamatan Kediaman di Malaysia dengan AI Termaju dan Teknologi Pintar KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2024 – TRIO Sales & Services Sdn. Bhd. (“TRIO”), pengedar terkemuka bagi produk automotif dan keselamatan berkualiti tinggi di Malaysia secara rasminya telah melancarkan jenama Artificial Intelligence of Things (“AIoT”) yang terkenal 360 Botslab di bawah 360 Smart Life Groupdi pasaran Malaysia. Pelancaran itu mempamerkan inovasi terkini 360 Botslab dalam keselamatan kediaman pintar, yang menampilkan teknologi dipacu Kecerdasan Buatan (“AI”) yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan kemudahan harian untuk isi rumah Malaysia. Rangkaian produk kediaman pintar yang inovatif yang luas, termasuk kamera dalaman dan luaran, kamera pemuka, loceng pintu video dan jam tangan kanak-kanak akan menyediakan pengguna Malaysia solusi keselamatan yang boleh dipercayai dan intuitif yang mudah disepadukan ke dalam kediaman mereka untuk keselamatan dan kemudahan yang dipertingkatkan. Kamera Keselamatan Botslab David Yap Chong […]

trending_flat

DEMI KEADILAN PALESTIN: MALAYSIA MEMPERJUANGKAN HAK ASASI DI PBB 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Tindakan Malaysia untuk membawa draf resolusi bagi menggantung keanggotaan Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan langkah yang bukan sahaja mencerminkan keprihatinan terhadap isu Palestin, tetapi juga keseriusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak asasi manusia di pentas antarabangsa. Ketegasan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam isu ini menggariskan prinsip moral dan tanggungjawab sejagat Malaysia yang selaras dengan falsafah Malaysia MADANI di mana aspek kemanusiaan dan keadilan sosial menjadi tunjang.Keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel yang menyebabkan lebih daripada 43,000 nyawa rakyat Palestin terkorban yang rata-ratanya wanita dan kanak-kanak serta lebih 100,000 yang cedera. Ia adalah isu yang tidak boleh lagi diabaikan oleh masyarakat antarabangsa. Penindasan ini melangkaui wilayah Palestin dengan turut menyerang kawasan selatan Lubnan, menambah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di rantau tersebut. Keputusan Knesset Israel pada 28 Oktober […]

trending_flat

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIPILIH UNTUK MENYAMPAIKAN PENYELESAIAN PENTADBIR DASAR, PENGEBILAN DAN DATA BAHARU MDA NATIONAL

Perkongsian itu akan membantu MDA National meningkatkan sokongan yang ditawarkan kepada ahlinya dan dengan itu mengukuhkan penjagaan perubatan yang tersedia untuk komuniti  SYDNEY, 8 Nov (Bernama) --  Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan kemalangan (P&C) serta insurans am, telah dipilih oleh MDA National (MDAN), sebuah organisasi pertahanan perubatan di seluruh Australia yang menyediakan sokongan dan perlindungan kepada lebih 50,000 ahli, untuk menyampaikan pentadbiran dasar baharu, portal pemegang polisi, pengebilan dan penyelesaian analitik dan cerapan generasi akan datang MDAN. Platform Duck Creek akan membantu MDAN membangun dan menyediakan perkhidmatan baharu yang inovatif, layan diri ahli yang ditambah baik dan keupayaan pengurusan risiko dipacu data yang dipertingkatkan yang membolehkannya meningkatkan sokongan dan perlindungan yang ditawarkan kepada pangkalan ahli pengamal perubatan MDAN yang semakin membesar, seterusnya mengukuhkan penjagaan perubatan tersedia untuk masyarakat. Platform OnDemand berasaskan awan Duck Creek akan […]

trending_flat

Penuaan bermaruah dengan gigi yang sihat

‘Penuaan Bermaruah: Memperkukuh Sistem Penjagaan dan Sokongan Warga Emas’ merupakan tema peringkat kebangsaan pada tahun ini bersempena Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada 1 Oktober saban tahun. Mengupas perspektif dari penjagaan kesihatan pergigian, adalah amat penting untuk golongan ini serta masyarakat untuk cakna dan prihatin terhadap kesihatan pergigian selari dengan Dasar Warga Emas Negara yang menggariskan lima jenis penuaan iaitu penuaan yang sihat, penuaan positif, penuaan menyokong, penuaan produktif dan penuaan aktif. Menurut statistik dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Pergigian Orang Dewasa yang diadakan pada setiap sepuluh tahun sekali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pada tahun 2020, trend menunjukkan bahawa peratus warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi kekal ialah sebanyak 34.3 peratus. Hal ini adalah bersamaan dengan tiga dari sepuluh orang warga Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas. Ini menunjukkan bahawa negara masih perlu berusaha keras dalam […]

trending_flat

Kebebasan akademik hak cendekiawan yang mesti dipertahankan

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Saya berpeluang menghadiri syarahan oleh Prof Jeffrey Sachs di Universiti Malaya pada 22 Januari awal tahun ini, di mana beliau dengan lantang mengkritik dasar ekonomi dan dasar luar negaranya sendiri, Amerika Syarikat. Apa yang menarik, kritikan itu disampaikan tanpa halangan, malah dihargai. Bahkan, pemimpin tertinggi negara kita, Perdana Menteri serta Menteri Pendidikan Tinggi turut hadir untuk mendengar pandangan beliau. Namun, yang ironinya, di Malaysia, kebebasan bersuara bagi ahli akademik tempatan masih lagi dihambat dengan Akta 605. Perkembangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan hakikat bahawa terdapat peruntukan perundangan yang boleh digunakan terhadap suara-suara kritis dalam kalangan akademik, harus dipandang serius oleh masyarakat akademik dan kesatuan akademik di seluruh negara. Kita tidak boleh membiarkan kebebasan akademik – satu aspek penting dalam tradisi intelektual – dilumpuhkan begitu sahaja. Kebebasan akademik mesti dipelihara, dipertahankan, dan diinstitusikan dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation