TVET perkasa sukarelawan dan komuniti dengan membentuk generasi berkemahiran
Oleh: Mohammad Ridhwan Rosli Technical and Vocational Education and Training (TVET) semakin diiktiraf sebagai komponen penting dalam pembangunan tenaga kerja yang kompeten dan produktif. Namun, persepsi umum sering kali menghadkan TVET kepada golongan belia dan pelajar sahaja. Hakikatnya, TVET menawarkan peluang kepada semua lapisan masyarakat, termasuk orang awam, untuk mendapatkan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan semasa. Pusat-pusat latihan bertauliah yang diiktiraf TVET di seluruh negara membuka pintu kepada pelbagai individu yang ingin meningkatkan kemahiran mereka, seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti. Di Selangor, satu inisiatif unik telah dilaksanakan untuk mengubah paradigma ini. Team Selangor, di bawah inisiatif Menteri Besar Selangor, telah melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan pendekatan berasaskan TVET dalam memperkasakan komuniti. Menerusi kolaborasi strategik bersama Selangor Technical Development Centre (STDC), program TS Mahir: Kursus Gunting Rambut diperkenalkan sebagai platform untuk melatih sukarelawan dalam bidang kemahiran teknikal, di samping menyumbang […]