Mengukuh peranan mahasiswa dalam profesion kerja sosial
Pada 1 Disember 2024, Universiti Malaya (UM) telah menjadi tuan rumah kepada “Kongres Gabungan Mahasiswa Kerja Sosial Malaysia”, yang julung kali diadakan. Program ini telah dicetus dan dianjurkan oleh Persatuan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Universiti Malaya (PPKSUM) yang menghimpunkan persatuan-persatuan pelajar kerja sosial dari universiti di seluruh Malaysia. Royzekry (tengah) bersama rakan-rakannya dari Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial UM yang bertindak sebagai jawatankuasa penganjur “Secara langsung, program ini bertujuan untuk membentuk jawatankuasa interim dalam usaha menubuhkan Gabungan Mahasiswa Kerja Sosial Malaysia. Selain itu, program ini juga mencipta peluang kepada mahasiswa jurusan ini untuk berinteraksi bersama rakan-rakan lain dari seluruh negara,” kata Muhammad Royzekry Daniel Bin Royjefry, mahasiswa tahun ketiga yang merupakan pengarah program. Universiti yang mengambil bahagian dalam kongres ini ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia […]