Moratorium terhadap siasatan dan pendakwaan bawah Seksyen 233(1) Akta 588 bagi karya satira dan parodi
Oleh: Parlimen Malaysia 1) Saya meneliti laporan media mengenai siasatan polis ke atas pereka grafik, Fahmi Reza di bawah beberapa undang-undang termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). 2) Menurut Fahmi Reza, grafik yang disiasat adalah satu bentuk satira dan satira tidak wajar dijenayahkan. Jelas bahawa keputusan Kerajaan untuk membentangkan RUU pindaan terhadap Akta 588, yang antara lain mengeluarkan satira dan parodi daripada elemen ‘palsu’ dalam Seksyen 233(1), adalah suatu langkah yang diperlukan dan akan membuka ruang demokrasi yang lebih luas untuk karya seni dan sastera. 3) Seperti umum sedia maklum, RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember 2024. Kelulusan Parlimen bagi RUU ini memberikan mesej jelas mengenai keperluan melindungi satira dan parodi. Akan tetapi, pindaan-pindaan tersebut masih belum berkuatkuasa. 4) Sementara menunggu […]