trending_flat

LUMI GLOBAL MENGAMBIL ALIH ASSEMBLY VOTING UNTUK MEMPERKUKUH PENERAJUAN PRODUK DAN MEMPERCEPAT PENGEMBANGAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

LIPHOOK, United Kingdom, 23 Dis (Bernama) -- Lumi Global, sebuah syarikat peneraju global dalam penyelesaian mesyuarat dipacu teknologi bagi Mesyuarat Agung Tahunan, Perhubungan Pelabur dan mesyuarat Ahli, dengan bangganya mengumumkan pengambilalihan Assembly Voting, sebuah syarikat teknologi yang mengkhusus dalam penyelesaian pilihan raya dan pengundian berasaskan awan dari hujung-ke-hujung yang boleh ditentusahkan melalui platform proprietarinya, Electa. Pengambilalihan strategik ini mengukuhkan komitmen Lumi Global terhadap inovasi sekali gus mengembangkan keupayaannya melangkaui persekitaran pertemuan langsung kepada peluang pasaran baharu. Sorotan Utama Pengambilalihan Mempertingkatkan Penerajuan Produk Assembly Voting memperkenalkan penentusahan hujung ke hujung yang maju kepada portfolio Lumi, yang dapat memastikan proses pilihan raya dan pengundian yang selamat, telus dan boleh ditentusahkan untuk pelanggan di seluruh dunia. Lumi Global telah lama menawarkan penyelesaian pengundian tanpa nama, namun Assembly Voting akan meningkatkan lagi keupayaan ini dengan ciri-ciri canggih yang akan mengukuhkan kedudukan Lumi Global sebagai peneraju […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Jawa

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Jawa pada jam 1:05 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:05 pagi, 23 Disember 2024Koordinat: 9.3° Selatan 106.6° TimurLokasi: Selatan JawaMagnitud: 5.0Jarak: 272km Selatan dari Sukabumi, IndonesiaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Apa kita boleh buat untuk halang scammer?

Oleh Mohd Khairi Ismail Jenayah penipuan dalam talian di Malaysia mengalami kadar peningkatan serius, dengan jumlah kerugian yang amat mengejutkan. Sejak Januari hingga 22 September 2024, kerugian akibat jenayah komersial, termasuk penipuan dalam talian, telah mencecah RM1.78 bilion. Ini bermakna penipu atau scammer berjaya mengaut lebih daripada RM6 juta sehari, yang merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Fenomena ini menunjukkan betapa seriusnya masalah jenayah dalam talian di Malaysia, terutama melalui platform media sosial, yang kini menjadi alat utama bagi scammer untuk menipu mangsa. Masyarakat seharusnya diingatkan untuk lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap penipuan ini yang semakin berleluasa. Antara penipuan yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah penipuan menerusi panggilan telefon, yang sering dirujuk sebagai “Macau scams”. Dalam skim ini, penipu menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, bank, atau pihak berkuasa untuk menuduh mangsa terlibat dalam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation