trending_flat

Air Selangor Berkongsi Keceriaan Bersama Anak-Anak Kurang Bernasib Baik dan Warga Emas Sempena Sambutan Krismas.

Kuala Lumpur – Dalam semangat menyemarakkan keceriaan sempena sambutan Krismas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui inisiatif Community Investment (CI) Sesama Mara menyalurkan sumbangan kepada dua (2) rumah kebajikan. Menerusi inisiatif ini, Air Selangor telah menyumbangkan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan, perabot asas, dan barangan keperluan rumah kepada dua (2) rumah kebajikan di Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu Home of Peace Kuala Lumpur dan Grace Home Klang. Selain memberi bantuan dan mengunjungi rumah-rumah kebajikan yang terlibat, pasukan sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 11 warga kerja Air Selangor turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan Home of Peace Kuala Lumpur, menjalankan aktiviti bercucuk tanam serta menghias rumah kebajikan tersebut dengan hiasan Krismas. Para sukarelawan juga meluangkan masa menyambut hari lahir anak-anak dan menyanyikan lagu Krismas untuk memeriahkan lagi sambutan mereka. Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor […]

trending_flat

LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 23 HINGGA 31 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2024. Bermula 23 hingga 31 Disember 2024, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam. Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif, kalendar 2025 dan banyak lagi. Sempena hujung tahun ini, pembayar zakat yang berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disediakan dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik. Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat atau melalui ejen seperti perbankan internet dan juga e-Wallet. Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai kami akan terus ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan […]

trending_flat

Dari Ladang ke Skrin: Kempen Tani Shopee Meningkatkan Kejayaan Dalam Talian untuk Agropreneur

KUALA LUMPUR, 24 December 2024 – Shopee Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Tani, satu inisiatif yang direka untuk memperkasakan petani tempatan, agropreneur, dan pengeluar dengan alat, latihan, dan sumber perniagaan yang diperlukan untuk berjaya dalam ekonomi digital, sambil menghubungkan produk mereka dengan pembeli secara langsung. Melalui kempen ini, Shopee ingin meningkatkan rantai nilai produk agrofood, meningkatkan pendapatan pengeluar makanan, dan menggalakkan pengguna untuk membeli terus dari agropreneur tempatan, seterusnya memupuk masa depan yang lebih mampan dan inklusif untuk industri ini. Program Kempen Tani menyaksikan hampir 100 penjual menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh jurulatih ShopeeXpert bertauliah. Bengkel ini memberi tumpuan kepada ilmu tips untuk meningkatkan trafik penonton dan jualan melalui platform berstrim langsung Shopee. Sementara itu, pasukan ShopeeUni membawakan latihan tentang penyediaan kedai, senarai SKU, dan pengoptimuman senarai produk untuk meningkatkan keterlihatan dalam talian dan prestasi jualan. Strim langsung turut diadakan […]

trending_flat

Mengelak bias dalam menghadapi gelombang kedua

Oleh: Dr. Nor Aishah Abdullah Tanggal 10 April 1912 masyarakat dunia menyaksikan kejadian tenggelamnya kapal RMS Titanic yang membawa seramai 2209 penumpang dengan hanya 20 buah bot penyelamat. Walaupun menerima banyak amaran mengenai kewujudan aisberg di kawasan laluan kapal tersebut, kapten kapal meneruskan pelayaran dengan kelajuan penuh. Sikap optimis melampau dalam kalangan anak kapal bahawa ‘Titanic’ adalah kapal yang tidak akan tenggelam kerana rekabentuk dan teknologi yang canggih juga menyebabkan mereka tidak memberi perhatian terhadap sebarang tanda amaran. Amaran seorang pegawai keselamatan, Maurice Clarke supaya kapal dibekalkan dengan lebih banyak bot penyelamat juga diabaikan. Akibatnya, kapal yang dianggap kebal bencana itu akhirnya ditelan Lautan Pasifik dalam masa kurang tiga jam, mengorbankan lebih 1500 nyawa. Ini adalah apa yang berlaku pada lebih 1 abad yang lalu. Sikap dan respon masyarakat merupakan kunci utama dalam menentukan implikasi bencana terhadap kehidupan mereka. Ketika […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation