trending_flat

PEMENTASAN MUZIKAL MANIFESTASI SULALAT’US SALATIN – KEAGUNGAN KEMAHARAJAAN MARITIM

AYER KEROH, 26 Dis (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka (JKKN Melaka) menerusi Persatuan Gerakan Anak Seni dan CTRA Production telah mementaskan sebuah teater berbentuk Purbawara Muzikal Manifestasi bertajuk Sulalat ‘us Salatin : Keagungan Kemaharajaan Maritim di Auditorium Panggung Seri, JKKN Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 20, 21 dan 22 Disember 2024 pada jam 8.30 malam dan persembahan matinee pada Sabtu dan Ahad jam 3.00 petang. Teater muzikal ini adalah kolaborasi antara Persatuan Gerakan Anak Seni dengan CTRA Production dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.JKKN Melaka turut mendapat sokongan daripada Inisiatif Belanjawan 2024 oleh GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu bentuk pementasan naskhah karya agung. Naskhah ini telah diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 serta sudah mencecah 32 salinan di seluruh dunia.Teater berbentuk purbawara muzikal yang dipentaskan ini berkisarkan tentang kemaharajaan maritim yang juga disebut sebagai pertuturan […]

trending_flat

PEMENTASAN TEATER MUZIKAL UDA & DARA MENGANGKAT NASKHAH AGUNG DATO’ DR. USMAN AWANG

JOHOR BAHRU, 26 Dis (Bernama) --  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dan Persatuan Galeri Seni dan Pelancongan Pontian telah menganjurkan Pementasan Karya Agung Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang dengan karyanya yang bertajuk Uda dan Dara. Program Pementasan Karya Agung ini merupakan sebuah program yang mengetengahkan karya – karya tokoh yang telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia dalam bidang seni budaya seperti Seniman Negara dan Sasterawan Negara. Karya Agung yang dilaksanakan di peringkat negeri Johor ini akan mengangkat karya Dato’ Dr. Usman Awang yang merupakan seorang anak jati kelahiran negeri Johor. Beliau merupakan tokoh penulisan yang telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1983. Karya ulung Uda dan Dara nukilan Sasterawan negara Dato’ Dr. Usman Awang terkenal dengan kisah cinta tanpa batasan melibatkan pasangan Uda dan Dara apabila tiada yang dapat menghalang mereka […]

trending_flat

Nikmati Keajaiban Salji di Spritzer EcoPark Festive Wonder Carnival 2024

“Winter Wonderland” versi tropika yang mesra keluarga menanti anda sempena musim perayaan ini Pokok Krismas Spritzer EcoPark dan hiasan warna-warni membawa keceriaan bagi para pengunjung di musim perayaan ini Taiping, 26 Disember 2024 – Sempena musim perayaan ini, Spritzer EcoPark mengundang kehadiran dari semua peringkat umur ke acara tahunan yang dinanti-nantikan, Festive Wonder Carnival 2024, untuk merasai keajaiban musim sejuk di kawasan tropika. Tarikan utama karnival ini ialah sesi hujan salji, yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung. Karnival tersebut berlangsung setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam sehingga 5 Januari 2025, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi  oleh keluarga dan rakan-rakan yang ingin menikmati kemeriahan perayaan dan mencipta kenangan manis bersama. Festive Wonder Carnival turut menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua. Bagi yang gemarkan cabaran, mereka boleh mencuba pengalaman menaiki LED Paddle Kart, manakala peminat golf boleh mengasah kemahiran […]

trending_flat

Graduan holistik imbangi pengetahuan dan kemahiran

Oleh: Rusli Abdul Roni Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi digital yang pesat, mencipta dan melahirkan graduan holistik menjadi semakin penting dalam membentuk masa depan negara dan graduan itu sendiri. Graduan holistik bukan sekadar individu yang cemerlang dalam akademik, tetapi mereka yang mampu mengimbangi pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia sebenar. Persoalannya, bagaimana graduan holistik dapat diwujudkan dan sejauh mana pentingnya keseimbangan kesepaduan antara pengetahuan dan kemahiran ini? Keperluan Graduan Holistik Graduan holistik diperlukan bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat yang semakin kompleks. Industri masa kini bukan sahaja mencari individu yang mahir dalam bidang tertentu, tetapi juga mereka yang mempunyai keupayaan untuk beradaptasi, berfikir secara kritis, dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Selain itu, kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, dan etika juga menjadi komponen penting dalam diri graduan holistik.  Sebagai contoh, seorang jurutera bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation