trending_flat

EWON LANCAR MESIN ATM BANK RAKYAT DI TAGINAMBUR, KEMUDAHAN BUAT RAKYAT KADAMAIAN.

KOTA BELUD, 30 Disember – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan mesin ATM Bank Rakyat di Taginambur, di sini untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Kadamaian. Mesin ATM Bank Rakyat yang terletak di Tag Valley Taginambur Kota Belud itu adalah yang pertama di kawasan Kadamaian dan keenam di seluruh Kota Belud. Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pengwujudan mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk setempat tetapi dapat merancakkan sektor ekonomi kawasan ini. “Ini adalah mesin ATM Bank Rakyat di kawasan Kadamaian dan sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh masyarakat Kadamaian. “Mereka tidak perlu lagi ke Pekan Kota Belud untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM kerana, ia sudah ada di kawasan Pekan Taginambur,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis ringkas pelancaran Mesin ATM Bank Rakyat di dalam premis Tag […]

trending_flat

PAS berdegil teruskan usaha ambil alih kerajaan, DAPSY kecam PN rosakkan sistem demokrasi negara

Merujuk kepada ucapan Pesuruhjaya PAS Perak, YB Razman Zakaria yang berdegil untuk meneruskan usaha menukarkan kerajaan sebelum PRU-16, Ketua DAPSY Malaysia, YB Woo Kah Leong menyelar tindakan PAS & Perikatan Nasional (PN) tersebut yang langsung tidak menghormati sistem demokrasi negara. YB Woo Kah Leong turut mengecam niat PAS tersebut yang cukup tidak bertanggungjawab lantaran segala usaha pertukaran kerajaan yang tidak melalui proses demokrasi sebenar setentunya akan menatijahkan senario ketidakstabilan politik yang seterusnya akan memudaratkan ekonomi negara. “Sebagai seorang ahli politik yang telah kalah berturut-turut dalam kes mahkamah disaman fitnah dan hanya meminta maaf serta tarik balik kenyataan selepas menerima surat peguam, Razman sepatutnya bertaubat dan belajar untuk mengambil iktibar daripada kes-kes tersebut dengan tidak lagi mewujudkan keadaan huru-hara & kucar-kacir dalam politik negara.” YB Woo Kah Leong menempelak Pesuruhjaya PAS Perak tersebut agar mengambil pendekatan yang lebih matang dan bertanggunjawab […]

trending_flat

PIALA KELAB PROTON TANJUNG MALIM JADI MEDAN PERKUKUH PEMBANGUNAN BOLA SEPAK REMAJA

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi Skena bola sepak akar umbi daerah Muallim, Perak semakin aktif dan meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim sekali lagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak bawah 16 tahun pada 28 dan 29 Disember 2024 yang melibatkan 18 kelab pembangunan dan akademi bola sepak dari seluruh negara. Sebelum ini, Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan liga pembangunan bola sepak akar umbi yang melibatkan atlet bawah 12 tahun pada awal Ogos yang lalu. Presiden Kelab Proton Tanjung Malim, Hassan Subli, menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah sebagai satu inisiatif untuk membangunkan budaya sukan bola sepak yang meriah dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi atlet-atlet muda yang mampu berkompetisi di peringkat yang lebih tinggi. “Penganjuran  ini untuk memberi ruang kepada atlet-atlet muda untuk menunjukkan bakat mereka sekali gus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola […]

trending_flat

Samaiden Disenarai Pendek Bangunkan Loji Fotovoltaik Suria Berskala Besar 99.99 MW di Pasir Mas, Kelantan

Memperkukuh Komitmen untuk Memajukan Matlamat Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia PETALING JAYA, 30 DISEMBER 2024 – Samaiden Group Berhad ("Samaiden"), pakar tenaga boleh diperbaharui (“RE”) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) dan pelaburan aset solar photovoltaic (“PV). ”) sistem dan loji tenaga boleh diperbaharui lain, dengan mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Sdn. Bhd. (“SSB”), telah dianugerahkan Surat Pemberitahuan (“LON”) oleh Suruhanjaya Tenaga (“EC”) pada 23 Disember 2024 untuk pembangunan Loji Fotovoltaik Suria Berskala Besar 99.99 MW (“Loji LSS”) di Pasir Mas, Kelantan. Pencapaian ini menekankan komitmen berterusan Samaiden untuk memajukan sektor tenaga boleh diperbaharui Malaysia dan menyokong matlamat peralihan tenaga negara. LON dikeluarkan pada 23 Disember 2024, secara rasmi mengiktiraf SSB sebagai pembida yang disenarai pendek untuk projek di bawah program Solar Skala Besar 5 (“LSS5”). SSB telah dipilih di bawah Pakej 3 (kategori 30 MW […]

trending_flat

Kecerdasan emosi kunci selesai krisis keseimbangan kerja-kehidupan

Oleh: Dr. Juraifa Jais Berdasarkan kajian terkini oleh Remote, sebuah syarikat sumber manusia yang pakar dalam perhubungan majikan dan bakat antarabangsa, Malaysia disenaraikan sebagai negara kedua terburuk untuk keseimbangan kerja-kehidupan daripada 60 negara dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tertinggi di dunia. Laporan Kesejahteraan di Tempat Kerja 2024 oleh Employment Hero pula mendedahkan peningkatan ketara dalam tahap keletihan melampau (burnout) di Malaysia. Laporan tersebut menunjukkan bahawa dua pertiga pekerja Malaysia kini mengalami burnout, meningkat daripada 58% pada tahun 2022 kepada 67% pada tahun 2024. Faktor penyumbang utama termasuk waktu kerja yang berpanjangan, permintaan pekerjaan yang tinggi, dan kurangnya sokongan terhadap kesihatan mental. Ketidakseimbangan kerja-kehidupan ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan individu, tetapi juga memberi impak yang serius kepada prestasi organisasi. Tahap tekanan dan keletihan yang tinggi menyebabkan penurunan produktiviti, peningkatan ketidakhadiran, dan kadar berhenti kerja yang lebih tinggi. Sekiranya masalah ini […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation