Bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan dan identiti negara
Oleh Pensyarah Bahasa, Kuala Lumpur Pendapat Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, yang menyatakan bahawa penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa boleh mencetuskan persepsi negatif di kalangan pelancong, perlu diteliti dengan lebih mendalam. Cadangan tersebut dilihat kurang menitikberatkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Mengetepikan bahasa Melayu demi memberi ruang kepada penggunaan dwibahasa secara meluas bukan sahaja merendahkan martabat bahasa kebangsaan, malah bertentangan dengan usaha negara untuk mengekalkan jati diri dan perpaduan nasional. Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi tetapi simbol kedaulatan dan identiti Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, penggunaannya di ruang awam termasuk pada papan tanda mencerminkan jati diri negara. Meminggirkan bahasa Melayu dalam usaha menarik pelancong boleh membawa kepada imej bahawa Malaysia tidak menghormati bahasanya sendiri. Negara-negara maju seperti Perancis, Jepun, dan Korea Selatan tetap mempertahankan bahasa kebangsaan mereka walaupun dalam […]