trending_flat

KUSKOP LAKAR PRESTASI MEMBANGGAKAN SEPANJANG TAHUN 2024

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melakar prestasi membanggakan sepanjang tahun 2024 dan kini memulakan tahun 2025 dengan misi dan azam baharu untuk membawa KUSKOP ke era kecemerlangan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun 2024, namun KUSKOP di bawah pimpinan menterinya, Datuk Ewon Benedick telah melakukan yang terbaik dan ternyata banyak memberi manfaat kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, usahawan informal, penjaja dan peniaga kecil di negara ini. Dalam tempoh Januari hingga Disember 2024, sebanyak 204 program telah dilaksanakan, memberi manfaat kepada lebih 700,000 usahawan di seluruh negara. Program-program itu merangkumi aspek pembiayaan, pembangunan kapasiti, adaptasi digitalisasi dan automasi, peluasan akses pasaran dan pembudayaan keusahawanan. Ewon berkata, inisiatif pembiayaan di bawah agensi-agensi pembiaya KUSKOP memberi impak amat baik yang menyaksikan sejumlah RM6.67 bilion pembiayaan disalurkan kepada 267,150 usahawan dan koperasi […]

trending_flat

CUKTECH Tampil ke Malaysia dengan Penyelesaian Pengecasan Termaju

Merevolusikan Kuasa Mudah Alih dengan Teknologi Pengecasan Termaju untuk Menyokong Peralihan Tenaga Bersih Malaysia KUALA LUMPUR, 2 JANUARI 2025 – CUKTECH, peneraju inovatif dalam tenaga bersih dan penyelesaian pengecasan termaju, sangat teruja untuk mengumumkan kemasukan rasminya ke pasaran Malaysia. Pelancaran ini menandakan permulaan era baharu untuk pengguna dan perniagaan Malaysia, menyediakan akses kepada produk pengecasan berprestasi tinggi CUKTECH termasuk power bank dan pengecas termaju, sambil menyumbang kepada penggunaan ekosistem dan perkhidmatan tenaga bersih. Barisan Produk CUKTECH (Pautan) Dikenali kerana mentakrifkan semula penyelesaian kuasa mudah alih di seluruh dunia, CUKTECH hadir dengan asas yang kukuh sejak 2016 dan penggabungan strategik dengan pasukan teras ZMI pada 2022, CUKTECH telah mencapai pencapaian penting, termasuk penghantaran lebih 150 juta power bank dan 20 juta pengecas ke seluruh dunia. Menggunakan teknologi litar Cuk termaju untuk penukaran kuasa DC-DC yang cekap dan riak rendah, CUKTECH ditetapkan […]

trending_flat

Mengimbas pasaran hartanah Malaysia sepanjang 2024

Meneroka cabaran dan peluang seterusnya Oleh: Sr Dr Ahmad Fawwaz Saleh Beberapa hari lagi tahun 2024 akan melabuhkan tirainya, beberapa sorotan dan perkembangan penting di dalam pasaran Hartanah di Malaysia yang boleh di jadikan sandaran bagi tahun hadapan buat bakal pembeli dan pelabur di Malaysia. Sebelum itu, mari kita imbas kembali perkara penting dalam pasaran hartanah Malaysia sepanjang tahun ini. Berdasarkan Laporan Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), awal tahun 2024, dimulakan dengan kedudukan 218.7 mata iaitu mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang lebih sederhana berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 0.9%. Walaupun lebih perlahan berbanding 4.3% yang direkodkan pada 2023, pasaran kekal stabil di tengah ketidaktentuan ekonomi di dalam negara dan dunia secara umumnya. Sentimen pengguna juga nampak lebih berhati-hati. Berdasarkan laporan tersebut, dari sudut prestasi di dalam negara, Lokasi perhatian seperti Kuala Lumpur […]

trending_flat

Empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial telah mohon lesen – MCMC

CYBERJAYA, 1 Januari 2025 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan empat (4) penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama telah mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia dengan memohon lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di Malaysia.   Menurut MCMC, Tencent (WeChat) telah diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)), menjadikan mereka sebagai penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial. "Selepas WeChat, ByteDance (TikTok) telah berjaya memperoleh lesen mereka. Sementara itu, Telegram sedang berada di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka mendapat lesen dalam masa terdekat. Manakala Meta, yang menyelia Facebook, Instagram dan WhatsApp telah memulakan proses untuk memperoleh lesen bagi membolehkan platform mereka beroperasi di dalam negara, yang dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi. X (dahulu dikenali sebagai Twitter) dan Google, yang mengendalikan YouTube, belum menghantar permohonan kepada MCMC. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation