trending_flat

Kampung Digital Melaka langkah strategik pastikan setiap premis di Melaka dilengkapi alamat lengkap dan sistematik

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2025 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).   Menurut MCMC, inisiatif Kampung Digital Melaka merupakan langkah strategik untuk memastikan setiap premis di Negeri Melaka dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik. "Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di Negeri Melaka, serta memberi manfaat besar kepada komuniti setempat. Inisiatif Kampung Digital ini adalah yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Negeri Melaka serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat. Projek ini telah menerima pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan cap dagangan logo, menjadikannya model kampung digital di seluruh negara." kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini. MCMC […]

trending_flat

Rai Tahun Baharu Cina Bersama Spritzer: Nikmati Detik Manis Lagi Menyegarkan

Spritzer Malaysia mengajak warga Malaysia untuk “Speak from the Heart” dan menzahirkan diri sambil menjiwai tradisi musim perayaan ini Kuala Lumpur, 6 Januari 2025 – Sempena Tahun Baharu Cina ini, Spritzer mempelawa rakyat Malaysia untuk menghargai detik-detik bermakna bagi pengalaman musim perayaan yang menyegarkan melalui kempen istimewanya yang merapatkan hubungan para keluarga dan rakanrakan. Menjelang ketibaan Tahun Ular, jenama air mineral terkemuka di Malaysia, Spritzer teruja memperkenalkankempen Tahun Baharu Cina 2025 yang menekankan kepentingan komunikasi yang dibuat dengan hati terbuka, menggabungkan tradisi dengan sentuhan moden sambil merapatkan hubungan silaturahim antara insan tersayang. Sebagai teras kempen ini, Spritzer mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk “Speak from the Heart” (好好说话) yang mengingatkan kita untuk menzahirkan diri dengan keikhlasan, rasa hormat, dan pemahaman. Filem ini dibintangi pelakon serta duta jenama Spritzer, Koe Yeet serta Jaspers Lai, bersama penampilan khas daripada Yagood dan Jobroseph. Kempen […]

trending_flat

Beri laluan kepada PBS dan PBD

Oleh: Profesor Madya Dr. Zuwati Hasim Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Malaysia adalah satu langkah transformasi dalam merangka semula sistem pendidikan negara. Peperiksaan Taruhan Tinggi ini, yang dahulunya menilai pelajar di akhir sekolah rendah dan menengah rendah, dimansuhkan untuk menangani kebimbangan tentang relevan dan kesannya terhadap pembelajaran. Selain itu, ia selaras dengan dasar pendidikan yang memberi penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran sambil mengekalkan pentaksiran sumatif, dengan tujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan di sekolah. Peperiksaan Taruhan Tinggi memerlukan banyak persediaan, masa, dan sumber untuk dilaksanakan. Dalam membincangkan pemansuhan ini, kita perlu memahami dengan jelas mengapa peperiksaan ini pada asalnya diwujudkan. Adakah kedua-dua peperiksaan ini masih relevan? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat tujuan peperiksaan tersebut dilaksanakan bersama dasar pendidikan semasa. Kini, UPSR dan PT3 tidak lagi relevan […]

trending_flat

PERNAS SALUR PEMBIAYAAN RM500,000 KEPADA ROBERT T 1994

KOTA KINABALU, 5 Januari – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM500,000 kepada Robert T 1994, jenama cermin mata yang diusahakan usahawan tempatan Borneo. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu adalah untuk membantu Robert T 1994 mengembangkan lagi premis mereka di seluruh Sabah. “Saya berharap syarikat ini terus berkembang pesat seperti usahawan-usahawan francais yang lain. “Melalui pembiayaan RM500,000, saya juga berharap ia memberi motivasi dan inspirasi kepada usahawan-usahawan lain di seluruh negara agar turut sama mengambil bahagian dalam sektor keusahawanan. “KUSKOP dan agensi-agensi seperti PERNAS terus menawarkan perkhidmatan dan pembiayaan yang bersesuaian dan diperlukan oleh usahawan agar dapat menyumbang kepada ekonomi negara kita seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994, di […]

trending_flat

KUSKOP BANTU JENAMA ROBERT T 1994 BERKEMBANG DI PASARAN BORNEO

KOTA KINABALU, 5 Januari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited membantu usahawan-usahawan francais tempatan bagi memastikan jenama tempatan seperti Robert T 1994, terus berkembang pesat di pasaran Borneo. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah kementerian menyalurkan pembiayaan RM500,000 kepada Robert T 1994 untuk menambah tiga lagi cawangan milikan korporat baharu di Suria Sabah, Bandar Baru Keningau dan Tawau. Beliau berkata, walaupun jenama Robert T 1994 mula bertapak pada 2020 namun ia telah berkembang pesat dengan pembukaan cawangan di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Keningau, Kota Belud dan banyak lagi. Katanya lagi, Robert.T 1994 merupakan contoh terbaik jenama homegrown Sabah yang kini memiliki 35 cawangan termasuk di Indonesia dan Brunei Darussalam.  “Ini membuktikan kemampuan jenama tempatan untuk bersaing di peringkat serantau dan menjadi salah satu jenama home grown kebanggan negeri ini,” katanya. Beliau […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation