Memilih ciri rumah tanggamu
Oleh: Nur Faezah Musthapar Pernahkah anda berhenti sejenak dan menilai keadaan rumah tangga anda? Adakah ia bahagia, “so-so,” atau berada di titik derita? Hakikatnya, rumah tangga adalah refleksi hubungan yang dibina antara dua insan, penuh dengan cabaran dan peluang untuk bertumbuh bersama. Rumah tangga “so-so” Rumah tangga “so-so” adalah kategori yang sering dialami ramai pasangan. Ia berada di tengah-tengah — tidak terlalu bahagia tetapi juga tidak terlalu derita. Konflik besar jarang berlaku, namun kebahagiaan mendalam juga tidak dirasai. Rutin harian seperti bekerja, menguruskan anak-anak, dan menjaga rumah sering kali menjadi mendatar, lalu menjadikan hubungan pasangan terasa hambar. Tanda utama rumah tangga ini ialah kurangnya komunikasi yang mendalam, fokus terhadap hubungan suami isteri yang terabai akibat kesibukan, serta kurang kesedaran terhadap keperluan meningkatkan kualiti hubungan. Namun, ini bukanlah pengakhiran. Pasangan boleh mencuba memperbaiki komunikasi, meluangkan masa bersama, atau menambah elemen baru […]