trending_flat

Steven Sim kongsi kemeriahan CNY di rumah warga emas Bukit Mertajam

SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, STVEN SIMS PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di rumah warga emas di Bukit Mertajam. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas itu "Tahun Baru Cina ini, saya berkongsi sedikit kemeriahan dengan 'uncle aunty' yang tinggal di rumah warga emas di Bukit Mertajam. "Di kalangan mereka ada yang uzur dan kurang sihat. Namun, senyuman di wajah mereka ketika saya datang melawat dan menyampaikan angpau menyentuh jiwa saya," katanya di Facebook. Beliau turut berterima kasih kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Dr Han Lim yang menguruskan rumah warga emas itu. "Terima kasih Dr Han Lim, sahabat saya, yang menguruskan rumah jagaan warga mas Permai Senior Club ini. Beliau amat berdedikasi menjaga setiap warga mas yang menghuni di sana. "Setiap mereka dijaga seperti ahli keluarga beliau sendiri. "Saya doakan agar uncle aunty akan […]

trending_flat

Wilayah Persekutuan lambang keharmonian, kemajuan Malaysia – Saifuddin

SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL. PUTRAJAYA: Wilayah Persekutuan bukan sekadar pusat pentadbiran dan ekonomi negara, tetapi juga lambang keharmonian serta kemajuan Malaysia," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata keunikan dan kepelbagaian yang ada di Wilayah Persekutuan mencerminkan aspirasi rakyat sebagai sebuah negara yang bersatu padu, dinamik, dan inklusif. "Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan," katanya di Facebook. Menurut Saifuddin, sebagai warga Malaysia, beliau mengajak semua rakyat memainkan peranan dalam memastikan Wilayah Persekutuan terus berkembang pesat. "Ini sebagai pusat inovasi, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk semua," katanya.

trending_flat

Saifuddin galak agensi bawah KDN ‘turun padang’ dekati rakyat

Tangkap Layar dari Video, Sumber dari Sosial Media X, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggalakkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk 'turun padang' mendekati dan membantu rakyat. Beliau berkata demikian selepas menyantuni penduduk sekitar Sungai Karangan dalam program ziarah kasih sempena Program SUA Mesra KDN. "Bukan selalu saya berpeluang ronda dengan motosikal sambil menikmati udara segar di Kedah. "Kali ini, bersama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, kami buat kelainan sedikit turun menyantuni penduduk sekitar Sungai Karangan dalam program ziarah kasih sempena Program SUA Mesra KDN, sambil menunggang motosikal. "Saya sentiasa galakkan agensi-agensi di bawah saya untuk rajin turun padang, mendekati rakyat, dan memahami keperluan mereka," katanya di Facebook. Saifuddin berharap usaha itu dapat memberi manfaat kepada rakyat. "Semoga usaha kecil ini diberkati dan memberi manfaat kepada semua," […]

trending_flat

Sebuah cabaran kemanusiaan dalam masyarakat moden kita

Oleh: Nurul Afreen Naquiah Haminudin Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial apabila menunjukkan seorang lelaki berkeperluan khas (OKU) dipukul dengan kejam di pasar pagi Kemaman, Terengganu. Difahamkan lelaki tersebut telah terlanggar sebuah gerai jualan, dan menumpahkan makanan jualan di gerai tersebut. Namun apa yang lebih mengejutkan ialah reaksi kebanyakan orang awam yang berada di tempat kejadian yang memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan semasa kejadian malang ini berlaku. Insiden ini secara tidak langsung membangkitkan persoalan mendalam tentang nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kita. Fenomena "bystander apathy" atau sikap acuh tak acuh orang awam ini merupakan satu isu sosial yang semakin membimbangkan. Ia merujuk kepada kecenderungan individu untuk tidak bertindak atau memberikan pertolongan apabila menyaksikan situasi yang memerlukan campur tangan. Apabila berhadapan dengan kejadian yang memerlukan bantuan, ramai lebih selesa memilih untuk tidak campur tangan, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation