trending_flat

Siasatan kes kematian tahanan Penjara Kajang masih berjalan – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan. Katanya siasatan dijalankan menyeluruh merangkumi rekod keterangan prospek dan pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian. Menurutnya lagi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan maklum balas berkaitan insiden terbabit. "Pada masa sama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut menghubungi saya untuk menyatakan hasrat mereka berjumpa dengan pihak terlibat. "Kita (KDN) akan beri kerjasama penuh, tetapi proses ini perlu dilakukan secara tertib dan berperingkat. "Apa yang penting Jabatan Penjara sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkepentingan dalam menyiasat insiden ini,” katanya. Pada 27 Januari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung kes kematian seorang […]

trending_flat

KUSKOP SALUR RM813.4 JUTA KEPADA 53,395 PMKS DAN KOPERASI DI SABAH TAHUN 2024

KOTA KINABALU, 11 Februari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sejumlah RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di Sabah sepanjang tahun 2024. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu disalurkan melalui agensiagensi KUSKOP termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Selain itu katanya, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga telah melaksanakan 41 program latihan dan bimbingan keusahawanan di Sabah sepanjang tahun lalu yang memberi manfaat kepada seramai 1,585 usahawan. “KUSKOP juga telah memperkenalkan program khas Ehsan@KUSKOP untuk membantu usaha menoktahkan kemiskinan di Sabah.  “Bagi tujuan ini, Yayasan Bank Rakyat telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM3 juta untuk melaksanakan program ini bermula tahun ini di tiga daerah yang dikenal pasti mempunyai daftar kemiskinan tinggi iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud. “Usaha sedang […]

trending_flat

Muat naik kandungan palsu dan jelik, enam individu disiasat

CYBERJAYA, 11 Februari 2025 - Seramai enam individu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana dipercayai memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja di platform media sosial Facebook. Menurt MCMC dalam satu kenyataan, satu operasi pemeriksaan telah dijalankan pada hari ini melibatkan salah seorang suspek di Setapak Kuala Lumpur, yang memuat naik kandungan palsuterhadap Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Satu (1) unit telefon pintar, dan satu (1) unit kad sim yang berkaitan dengan kes telah disita bagi membantu siasatan. Tambah MCMC, analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti berkenaan untuk mendapatkanketerangan bagi membuktikan kes. Selain itu, satu kes akan disiasat bersama dengan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) PDRM, yang mana suspek akan diambil keterangan pada esok (12 Februari 2025) bersama-sama dengan […]

trending_flat

Kerjasama PH dan BN di Kedah akan terus diperkuat – Saifuddin

SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION. KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi komitmen untuk memastikan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Kedah terus diperkuat dengan pendekatan yang sinergi dan saling melengkapi. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Azeez serta rakan-rakan dari Biro Politik UMNO Kedah. "Pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh muhibah, mengukuhkan silaturrahim serta mempererat kesefahaman antara kami. "UMNO Kedah baru sahaja selesai sesi pemukiman mereka dan kunjungan ini berkebetulan berlangsung usai pelantikan saya sebagai Pengerusi Harapan Kedah baru-baru ini," katanya di Facebook. Menurut Saifuddin perbincangan itu mencapai titik temu terutama dari sudut gerak kerja yang tersusun dan komunikasi selaras di peringkat kepimpinan negeri sehingga akar umbi. "InsyaAllah, moga persefahaman erat ini mampu diterjemahkan dengan usaha sama yang […]

trending_flat

Budaya vape ancaman negara

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nik Rafhan Al Faaizin Mohamad Radzali Isu penggunaan vape yang semakin berleluasa dan membimbangkan dalam kalangan golongan muda wajar diberikan perhatian khusus pada masa kini. Penggunaan vape dalam kalangan remaja dan dewasa muda, tidak kira lelaki atau perempuan, sering disalah anggap sebagai satu alternatif yang lebih sihat berbanding merokok. Selain itu, ia juga dianggap sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang lebih cool dan santai. Ramai remaja dan dewasa muda terjebak dalam penggunaan vape tanpa menyedari kesan mudaratnya terhadap kesihatan diri, kesejahteraan mental, dan kos ekonomi. Walaupun diketahui bahawa penggunaan vape membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, baru-baru ini, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri memaklumkan bahawa sukar bagi kerajaan untuk mengharamkan vape. Namun, tumpuan dan penekanan akan diberikan terhadap kawalan penjualan cecair vape atau e-juice yang dicampur dengan bahan terlarang seperti dadah, bukannya pengharaman […]

trending_flat

Mengangkat martabat bahasa Melayu sempena kepengerusian ASEAN

Oleh: Dr. Norfaizal Jamain, Nur Afifah Abdul Rahman Halawa Bahasa Melayu, sebagai satu daripada bahasa terbesar di Asia Tenggara, memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan budaya serantau. Namun, dalam konteks ASEAN, penggunaan dan pengiktirafan bahasa Melayu menghadapi beberapa cabaran. Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan bahasa Melayu terus relevan dan dihormati dalam kalangan negara anggota. Salah satu isu utama yang dihadapi bahasa Melayu di ASEAN adalah pengiktirafan sebagai bahasa rasmi. Walaupun bahasa Melayu digunakan secara meluas di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan di Selatan Thailand namun masih belum diiktiraf sebagai bahasa rasmi ASEAN. Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa utama dalam urusan rasmi, menyebabkan bahasa Melayu sering dipinggirkan. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan bahawa bahasa Melayu mungkin kehilangan pengaruhnya di peringkat serantau jika tidak ditangani segera. Selain itu, kepelbagaian dialek dan variasi bahasa Melayu juga […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation