Turunkan harga beras putih import
PUCHONG 14 Febuari 2025: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dicadangkan untuk menurunkan harga beras putih import selepas kerajaan mengekalkan Harga Beras Putih Tempatan (BPT) pada kadar RM2.60 per kilogram. Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata adalah tanggungjawab BERNAS untuk menyelesaikan isu harga beras import. "Pada saya, pengumuman dibuat oleh menteri berhubung isu kehilangan beras putih tempatan telah selesai. "Tetapi, ada satu lagi perkara iaitu harga beras putih import. Harga beras import bergantung kepada pasaran dunia. Sekarang harga beras import dah turun. Jadi, kita tunggu pengumuman BERNAS berhubung harga baru beras import," katanya dalam sidang media khasnya hari ini. Semalam, kerajaan mengekalkan harga Beras Putih Tempatan pada kadar RM2.60 per kilogram bagi memastikan kestabilan harga serta kelangsungan bekalan di pasaran. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad […]