trending_flat

Sistem Perisikan Pertama di Malaysia untuk pantau Aktiviti Penjualan Data Peribadi di Laman Gelap akan diluncurkan Suku Kedua Tahun ini

Menteri Digital Gobind Singh Deo. Kredit Foto : YouTube Parlimen Malaysia KUALA LUMPUR, 18 Februari 2025 – Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap pada suku kedua tahun ini. Menteri Digital Gobind Singh Deo, ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, berkata Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan Bagi Pengurusan Kes Ketirisan Data Peribadi adalah sistem perisikan pertama di Malaysia yang bertujuan untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman gelap. “Projek ini dibangunkan berikutan peningkatan kebimbangan terhadap isu penjualan dan transaksi data peribadi melalui platform beli-belah dalam talian termasuk laman sesawang gelap. Projek ini akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini,” kata Gobind. Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Digital, melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP), dalam menangani krisis keselamatan digital global yang semakin membimbangkan. Kementerian Digital, melalui Pesuruhjaya PDP, […]

trending_flat

Saifuddin yakin Abdul Aziz galas jawatan Komisioner Jeneral Penjara dengan penuh dedikasi

KUALA LUMPUR 18 Februari 2025: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin pelantikan Datuk Abdul Aziz Abdul Razak sebagai Komisioner Jeneral Penjara bermula 14 Februari lalu dapat digalas dengan penuh dedikasi. Beliau berkata Abdul Aziz juga diyakini akan terus komited melakukan reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Jabatan Penjara Malaysia. "Tahniah saya ucapkan Abdul atas pelantikan beliau sebagai Komisioner Jeneral Penjara. "Sebagai Komisioner Jeneral Penjara yang baharu, saya percaya beliau akan terus komited menggalas amanah besar ini dengan penuh dedikasi dan akan membawa reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Jabatan Penjara Malaysia," katanya di Facebook. Beliau juga berharap Abdul Aziz melaksanakan amanah besar itu dan Jabatan Penjara Malaysia terus melakar kejayaan serta mencipta impak yang positif. Katanya, bukan sahaja kepada penghuni penjara, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhannya. Dalam tempoh 35 tahun dalam perkhidmatan, Abdul Aziz pernah memegang pelbagai jawatan penting […]

trending_flat

Jangan makan harta sesama secara batil

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh  Isu rasuah di Malaysia masih menjadi cabaran besar yang menjejaskan ekonomi, politik, dan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan. Walaupun terdapat usaha membanteras rasuah melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai dasar antirasuah, kes-kes melibatkan individu berprofil tinggi masih berlaku.  Rasuah, dalam pelbagai bentuknya, adalah pintu ke arah kebinasaan. Ia telah menjadi kebiasaan dalam sebahagian besar masyarakat Muslim pada zaman ini. Banyak urusan tidak dapat diselesaikan tanpa perantaraan, pengaruh, atau pemberian rasuah. Harta merupakan asas kehidupan, tonggak kemajuan sesebuah bangsa, dan dasar pembangunan tamadun. Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya untuk mencari rezeki dan mengumpul harta, tetapi melalui jalan yang benar dan kaedah yang halal. Islam juga membimbing umatnya untuk membelanjakan harta dalam perkara yang memberi manfaat kepada manusia dan alam semesta, sekali gus memperoleh keredaan Allah. Manusia secara fitrah mencintai dunia, berkeinginan kuat untuk […]

trending_flat

Mengukuh kerjasama halal dan ekonomi Malaysia-Turkiye

Oleh: Prof Madya Dr Zalina Zakaria Lawatan rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 hingga 11 Februari 2025 telah mengukuhkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama halal antara kedua-dua negara. Sepanjang lawatan ini, sebanyak 11 Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai, melibatkan pelbagai sektor strategik termasuk peralihan tenaga, pengurusan bencana, kerjasama media, serta industri semikonduktor, elektrik dan elektronik, serta makanan dan minuman halal. Nilai perdagangan antara Malaysia dan Turkiye terus menunjukkan peningkatan, daripada RM18.7 bilion pada 2023 kepada RM24.13 bilion pada 2024. Kedua-dua negara juga diiktiraf sebagai pemain utama dalam industri halal global, dengan sistem pensijilan dan akreditasi masing-masing. Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengendalikan sistem pensijilan halal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, manakala di Turkiye, Halal Accreditation Turkiye (HAK) memainkan peranan sebagai badan akreditasi rasmi. Turkiye juga menjadi tuan rumah kepada Standard Metrology Institute for Islamic […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation