Komitmen UM dan JAKIM dalam merealisasi Dasar Halal Negara
Malaysia telah dikenali sebagai perintis utama dalam tadbir urus dan pensijilan halal di peringkat global. Bermula sejak tahun 1974, Malaysia telah memulakan pensijilan halal yang berkembang dengan begitu sistematik dan teratur, yang bukan sahaja mematuhi segala keperluan syariah, malah memenuhi piawaian yang tersendiri. Sistem pensijilan ini tidak hanya menumpukan kepada pematuhan terhadap standard halal, tetapi turut merangkumi aspek pengurusan produk, perkhidmatan, dan import secara menyeluruh, dari peringkat pengeluaran hingga ke peringkat pemasaran dan pengedaran. Di samping itu, Malaysia turut mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelbagai inisiatif sokongan yang berterusan, termasuk dasar yang menyeluruh untuk memacu pertumbuhan industri halal. Salah satu contoh komitmen negara ialah pembangunan Dasar Halal Negara 2025-2035. Dasar Halal Negara 2025-2035 merupakan strategi jangka panjang negara bagi mewujudkan ekosistem halal yang lebih holistik dan kondusif. Objektif Dasar Halal Negara 2025 -2035 ada lima iaitu mewujudkan ekosistem halal yang […]