trending_flat

Fadillah dedahkan kandungan draf MoU

KUALA LUMPUR, 16 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengambil keputusan untuk mendedahkan isi kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditolak pembangkang baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof . Kredit Foto : Halaman FB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Ini susulan dari kenyataan media oleh Ketua Pembangkang, Dato; Seri Hamzah Zainudin, berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan. "Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan, maka dengan ini saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani (rujuk dua lampiran disertakan, Lampiran A dan Lampiran B). Niat Kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha […]

trending_flat

PRK DUN Mahkota bakal uji sekali lagi kerukunan PH-BN

JOHOR, 14 September 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh 'Umar Bagharib Ali berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah satu pilihanraya yang penting. Menurut beliau, pilihan raya itu akan sekali lagi menguji kerukunan parti-parti Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah gabungan yang kuat dalam membentuk kerajaan Perpaduan. "Ia bakal memberi gambaran keutuhan kita dalam memastikan agenda membangunkan negara dipacu atas kestabilan politik yang kukuh. Ia juga menjadi tanda penggembelengan rakyat pelbagai bangsa berpaksikan fokus bersama untuk menjayakan agenda pemulihan ekonomi sepertimana diiltizamkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta kabinetnya. Selain itu, Mahkota merupakan kerusi ideal untuk mengetengahkan politik moderat, sederhana dan tidak ekstrim sesuai dengan gagasan Malaysia Madani. Ia merupakan kontras kepada politik kebencian dan manipulasi sempit sentimen ras dan agama yang sering sekali menjadi modal Perikatan Nasional." kata Sheikh Umar di dalam satu […]

trending_flat

Armizan hadir saksikan LoU diantara MyIPO dan WIPO di Geneva, Switzerland

GENEVA, 13 September 2024 – Malaysia secara rasminya menyertai pangkalan data ‘WIPO Alert Data Sharing Platform’ yang dikendalikan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organization (WIPO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN). Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, penyertaan negara menandakan satu langkah penting ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital. Kredit Foto : UKK KPDN "Sebagai tanda komitmen Malaysia terhadap usaha ini, hari ini saya hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) diantara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva, Switzerland. Dengan penyertaan ini, Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama 14 negara lain yang telah menyertai platform ini." kata Armizan. WIPO Alert merupakan satu platform dalam talian yang dibangunkan oleh WIPO untuk membantu agensi penguatkuasaan memuat […]

trending_flat

Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk negara mencapai 82%

KULAI, 7 September 2024 – Karnival Komunikasi 2024 yang membuka tirainya di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor pada 6 September 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching hari ini. Karnival dua hari bertemakan "Literasi Komunikasi, Masa Depan Harmoni" mengetengahkan aspek komunikasi dan keterhubungan tanpa batasan bagi kesinambungan masa hadapan. Kredit : FB Karnival Komunikasi "Untuk makluman semua, objektif Karnival Komunikasi secara amnya adalah untuk mempromosikan jalur lebar dan ketersambungan yang telah dibangunkan untuk rakyat Malaysia melalui jalur lebar talian tetap dan juga jalur lebar talian mudah alih. Sebanyak 77 pemancar 5G telah dirancang dan kesemuanya telah beroperasi buat Parlimen Kulai daripada 927 tapak di keseluruhan Johor bagi memastikan rakyat menikmati sambungan internet yanglebih pantas, stabil, dan mampu menyokong keperluan teknologi masa hadapan." kata Teo di dalam ucapannya. Tambah Teo, sehingga Ogos 2024 capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk […]

trending_flat

Tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, tangani kesulitan pengunjung wanita

PULAU PINANG, 6 September 2024 - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah merasmikan tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, sebagai salah satu langkah mempertingkatkan kemudahan di masjid tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat danpelancong asing. Menurut Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu siaran media hari ini, pembinaan gazebo itu adalah untuk menangani masalah keterbatasan ruang dan kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung, terutama kaum wanita. "Gazebo baharu ini menyediakan ruang yang lebih selesa untuk berehat, menyusukan anak, dan menjalankan pelbagai urusan lain dalam suasana yang tenang. Untuk makluman, Masjid Bukit Bendera ini merupakan salah satu masjid tertua di Parlimen Bukit Bendera, dibina pada tahun 1966, dan telah digazet sebagai Masjid Pelancongan. Selain menjadi pusat ibadah, masjid ini juga merupakan salah satu tarikan di Bukit Bendera, menerima kehadiran ramai pengunjung setiap hari, baik daripada kalangan penduduk tempatan mahupun […]

trending_flat

KSN mahu dasar, peraturan dan SOP lapuk diteliti semula

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar mengingatkan semua KSU, SUK dan Ketua Jabatan supaya meneliti semula dasar, peraturan dan SOP di kementerian, kerajaan negeri dan jabatan masing-masing yang telah lama dan lapuk. Kredit Foto : FB rasmi Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar "Pada pagi ini saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional bilangan 2/ 2024 yang dihadiri oleh Dato’ Sri KPPA, Datuk Peguam Negara, Tan Sri KP SPRM, sebahagian besar KSU dan wakil-wakil dari Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Saya memberi perhatian serius berhubung isu tatakelola, salah guna kuasa termasuk kes-kes tatatertib yang melibatkan rasuah dan pecah amanah." kata Shamzul Azri menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau. Jelasnya, dasar, peraturan dan SOP yang telah lapuk berpotensi untuk membuka ruang dan peluang kepada salah […]

trending_flat

Inisiatif Baitul Mahabbah : Saifuddin alu-alukan penglibatan NGO

KELANTAN, 4 September 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah hadir melancarkan fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Menurut Saifuddin, fasiliti tersebut telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2024. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. merasmikan pelancaran fasiliti Baitul Mahabbah Tanah Merah Kelantan semalam. Kredit Foto Pejabat Menteri Dalam Negeri "Inisiatif Baitul Mahabbah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Madani sebagai pusat penempatan sementara bagi menampung kanak-kanak warga asing berumur kurang 10 tahun yang ditahan bersama penjaga sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Baitul Mahabbah ini bukan sekadar penempatan sahaja, bahkan anak-anak yang berada di sini diberi pembelajaran asas serta pelbagai aktiviti seperti membaca, melukis dan juga menyanyi." katanya. Saifuddin berharap agar inisiatif tersebut akan terus dapat menjaga kebajikan asas anak-anak ini sehingga proses dokumentasi mereka selesai. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation