Tourism Malaysia anjur Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perlis 2023
KANGAR, 11 Disember 2023 - Seramai 10 pengamal media terdiri daripada wakil media elektronik, penghasil kandungan serta pempengaruh media sosial telah dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perlis 2023 anjuran Tourism Malaysia selama tiga hari dua malam untuk meneroka produk-produk ekopelancongan, pelancongan minat khas dan gastronomi di sekitar Arau, Padang Besar dan Kangar. Menurut Tourism Malaysia, program lawatan suai kenal yang berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2023 tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan media bagi membantu mempromosikan produk-produk pelancongan domestik yang dilawati secara dalam talian, khususnya di media sosial. Kata Tourism Malaysia, antara lokasi yang diketengahkan dalam lawatan tersebut ialah pengalaman menerokaGua Wang Burma di Padang Besar yang terletak dalam jajaran Perlis Geopark. Produk pelancongan tersebut merupakan antara salah satu destinasi yang ditawarkan dalam 41 Pakej Ekopelancongan Negeri Perlis oleh lapan pengusaha pelancongan di bawah kelolaan Tourism Malaysia. "Para […]