trending_flat

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata. "Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional." kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini. "Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu. Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan." tegas Ahmad Zahid. Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, […]

trending_flat

Mosquito Buster: Inovasi membanteras denggi oleh UNITEN

Demam denggi, penyakit berjangkit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, merupakan ancaman serius terhadap kesihatan awam di pelbagai kawasan tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Kejadian demam denggi yang telah meningkat secara dramatik di negara kita dalam beberapa tahun terakhir ini memerlukan penyelesaian inovatif bagi menangani penyebarannya secara berkesan. Pemasangan Mosquito Buster di Kelompok Pelajar UNITEN Di Malaysia, kejadian demam denggi tetap menjadi keprihatinan besar kerana laporan terkini menunjukkan peningkatan kes. Dari Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, terdapat 63,966 kes demam denggi yang dilaporkan, termasuk 45 kematian, mengikut Kementerian Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa. Angka-angka ini mencerminkan peningkatan mencolok sebanyak 129.2% dalam kes berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak 136.8% dalam kes kematian. Peningkatan yang mengkhawatirkan dalam kes demam denggi menegaskan keperluan mendesak bagi langkah-langkah kawalan nyamuk yang efektif dan mampan bagi memerangi penyakit yang disebarkan […]

trending_flat

PM selesai mengundi, nasihat pengundi utk keluar awal

BUKIT MERTAJAM 12 Ogos 2023 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai membuang undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Pulau Pinang ke 15 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.41 pagi tadi. Anwar ditemani oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengundi di situ. "Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini. Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin." kata Anwar menerusi hantaran di halaman sosial medianya hari ini. Menurut SPR, setakat jam 10 pagi tadi, peratusan kelar mengundi bagi negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 20%.

trending_flat

Tun M selesai mengundi

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selesai membuang undi jam 9:22 pagi ini bagi kerusi DUN Anak Bukit. Katanya ramai yang tidak keluar mengundi. "Saya harap para pengundi keluar beramai-ramai kerana Pilihanraya ini penting untuk tentukan masa depan kita, halatuju Negeri dan juga Negara. Saya juga ingin ucap terima kasih kepada para petugas SPR yang memastikan Pilihanraya Negeri ini berjalan baik. Selamat mengundi." kata beliau menerusi satu hantaran di halam sosial medianya.

trending_flat

Anthony Loke kesal dengan tindakan Ramasamy

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya beliau tidak ada "courtesy" untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Jelas Anthony, pada hari Selasa, 25 Julai 2023, beliau bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama. "Pertemuan itu berlangsung di Ibupejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow. Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas. Sesi […]

trending_flat

Arul PSM berikrar tidak akan mainkan isu perkauman bagi raih undi

Calon Pilihanraya Negeri Selangor untuk DUN N.25 Kajang dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Arutchelvan Subramaniams (Arul) berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli partinya berikrar tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Menurut Arul dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, diskriminasi perkauman dan politik perkauman adalah umpama sebuah penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada masa kini. "Maka kami para pendukung perjuangan menentang perkauman atau rasisme ini dengan penuh iltizam berikrarbahawa tidak akan memainkan apajua isu politik perkauman demi untuk meraih undi atau sokongan daripada rakyat. Saya akan menjauhi daripada mengunakan apajua unsur perkauman dalam semua aktiviti kempen pilihanraya termasuk ceramah, komen,kenyataan akhbar, tulisan media social, risalah, banner atau apajua bahan kempen yang akan mendiskriminasi atau mewujudkan kebencian terhadap suatu kaum yang lain atau warga migran. Saya juga akan memastikan bahawa semua aktiviti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation