trending_flat

Industri biojisim perlukan peneraju khusus

Oleh: Prof Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Berdasarkan data terkini daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Malaysia kini berupaya menghasilkan lebih 450 MW tenaga daripada biojisim. Sungguh pun kedengaran besar jumlahnya, ini hanyalah berkadaran dengan 1.2% daripada tenaga elektrik yang dijana di Malaysia dan penggunaan tenaga biojisim ini telah berjaya mengurangkan pelepasan hampir 400 Gigagram karbon dioksida (CO₂) berkadaran ke udara. Malaysia mampu mendepani industri biojisim masa hadapan, berbekalkan pengalaman bersama sektor komoditi kelapa sawit (Wikimedia Commons) Baru-baru ini juga kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi telah memperkenalkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030. Ini mengukuhkan lagi kedudukan biojisim sebagai sumber yang mampan untuk penjanaan produk berasaskan bio baharu seperti biotenaga, biobahan dan baja bio. Setakat ini, China dan Brazil mendominasi penjanaan biotenaga menggunakan biojisim di peringkat global. Walaubagaimanapun, sumber biojisim yang digunakan mereka adalah amat berlainan dengan negara kita. Di […]

trending_flat

Penangkapan pendatang tanpa izin di perairan Filipina : MOTAC mulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil serius berkenaan penahanan warganegara China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan, Sitangkai, Tawi-Tawi, Filipina secara haram pada 1 September 2024. Menurut laporan awal, tangkapan oleh pihak berkuasa Kerajaan Filipina terdiri daripada 8 warga China dan 3 warga Malaysia. "Individu-individu ini ditahan oleh pihak berkuasa Filipina kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah. Laporan awal menyatakan pelancong tersebut telah ke lautan Malaysia bagi tujuan memancing dan telah memasuki lautan Filipina akibat cuaca buruk. MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan. Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengantung, membatal lesen, mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit." kata MOTAC. MOTAC turut memberikan peringatan kepada semua ejen pelancongan di seluruh negara […]

trending_flat

Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat Motivasikan Gerakan Koperasi Negara

MELAKA, 5 September 2024 - Pengiktirafan 100 Koperasi Terbaik diharap dapat memotivasikan gerakan koperasi di seluruh negara dalam usaha kerajaan menjadikan gerakan koperasi sebagai ejen membasmi kemiskinan. Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2024 dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi di Melaka, semalam. Ab Rauf dan Ewon menyempurnakan gimik perasmian MAGK'24 Pada majlis itu lima koperasi dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024 masing-masing menerima anugerah. Penerimanya ialah Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad, Koperasi Tenaga Nasional Berhad dan Koperasi Ladang Berhad. Turut dilancarkan Buku Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia 2024 Selain itu turut disampaikan lima Anugerah Koperasi premier 2024 iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, […]

trending_flat

Memerdekakan perairan kita daripada ‘penjajahan’ ikan bandaraya

Kebanjiran ikan asing di perairan negara merupakan satu situasi yang amat membimbangkan. Pembiakan spesies ikan asing secara berleluasa dan di luar kawalan telah menyebabkan kerosakan, ketidakseimbangan ekosistem biodiversiti akuatik, dan menjejaskan populasi ikan tempatan. Sifat ikan asing yang lebih kuat dan lasak berbanding ikan tempatan mendominasi di perairan seluruh negara. Kebanyakan ikan asing ini dibawa masuk melalui industri akuarium mahu pun akuakultur secara berlesen atau haram. Apabila ikan-ikan ini dilepaskan ke perairan secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung ia menjadi ancaman kepada ekosistem biodiversiti tempatan. Salah satu spesies yang kini mendominasi perairan utama di Lembah Klang ialah Hypostomus plecostomus, atau lebih terkenal dengan panggilan ikan bandaraya. Spesies ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan ini amat digemari dalam kalangan penggemar ikan hiasan kerana kemampuannya membersihkan akuarium dengan memakan alga. Dengan harga murah sekitar RM2 […]

trending_flat

Anwar Kecam Kelemahan Tindakan Antarabangsa Tangani Genosid di Gaza

Oleh Shakir Husain / BERNAMA NEW DELHI, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan. Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya. Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai 'genosid di Ukraine', namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka mengganggapnya sebagai 'kesan peperangan' dan menerimanya begitu sahaja. “Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini, Selasa. Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin. Terdahulu hari ini dalam […]

Apron Walk 2024 Bersempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024(Bernama) - Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna. Tema sambutan untuk tahun 2024 adalah “Food Safety : Prepare for the unexpected”, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara.  Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. Sehubungan itu, melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi. Ini termasuklah pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.  Salah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation