trending_flat

14,986 ANGGOTA JBPM SIAP SIAGA HADAPI CABARAN MONSUN TIMUR LAUT

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 – Seramai 14,986 pegawai siap siaga berdepan dengan sebarang kebarangkalian banjir yang mungkin berlaku pada bila-bila masa di seluruh negara. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming (KM), berkata dalam usaha memantapkan persediaan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bagi menghadapi Monsun Timur Laut, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menetapkan persediaan yang lebih proaktif berdasarkan pengalaman peristiwa banjir yang melanda negara tahun lalu. "Langkah ini termasuk dengan mengerahkan kekuatan dan keanggotaan pegawai bomba terdiri daripada 12,857 pegawai sepenuh masa dan 2,111 pegawai bomba bantuan," kata YB KM selepas menghadiri taklimat Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bertempat di ibu pejabat JBPM pada petang ini. "JBPM juga telah mengenalpasti sebanyak 5,235 kawasan yang berisiko tinggi ini dan pemantauan dilakukan setiap hari bagi memastikan keadaan […]

trending_flat

KPKT GIAT MEMASTIKAN LAMAN SESAWANG PBT-PAY DIPERLUASKAN KEPADA 155 PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI SELURUH NEGARA 

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming (KM) mengumumkan usaha pendigitalan sedang giat dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan PBT khususnya bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran secara atas talian.  Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah KPKT telah melancarkan laman web PBTPay dengan pautan 99 kerajaan tempatan melalui penyelidikan dan pembangunan dalaman, agar mempermudahkan urusan orang ramai untuk membayar cukai rumah (cukai taksiran), yuran lesen kerajaan tempatan dan kompaun di seluruh negara secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter.  "Sebagai contoh, orang yang tinggal di Pulau Pinang boleh membayar cukai taksiran di Johor melalui PBT Pay, menjimatkan masa dan usaha."  Beliau berkata, laman web PBTPay menyediakan perkhidmatan kaunter elektronik berkualiti tinggi, dan dilengkapi sistem peringatan SMS, yang memberi banyak kemudahan kepada rakyat.  Setakat ini, sebanyak 99 majlis […]

trending_flat

Jabra Memperkenalkan Fon Telinga Wayarles Muat Poket Profesional Dicipta untuk bekerja secara hibrid dan jarak jauh

KUALA LUMPUR, 7 Disember, 2022 – Jabra, peneraju dalam penyelesaian bunyi peribadi dan pejabat, melancarkan Jabra Evolve2 Buds, produk terbaru dalam siri Evolve daripada Jabra. Menurut penemuan McKinsey, fleksibiliti dan kebebasan untuk bekerja dari mana-mana adalah penting memandangkan kepada fakta bahawa 52% daripada pekerja yang ditinjau lebih suka model kerja yang lebih fleksibel selepas pandemik. Evolve2 Buds baharu yang terbaik dalam rangkaian direka untuk meningkatkan tumpuan dan menambah baik kerjasama untuk para profesional yang bekerja semasa dalam perjalanan. Evolve2 Buds diperakui untuk platform mesyuarat maya terkemuka, termasuk Microsoft Teams dan Zoom, dan menggunakan teknologi terkini untuk mengurangkan bunyi latar belakang yang mengganggu dan membolehkan panggilan yang lebih jelas. Anda boleh lupakan bunyi anjing menyalak dan kanak-kanak yang menangis – atau sebarang bunyi yang tidak diingini yang boleh menjejaskan produktiviti dan kejelasan panggilan anda. Meminimumkan gangguan anda Berebut-rebut mencari tempat yang […]

trending_flat

DATUK RUBIAH MULAKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 – YB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Hj. Wang mengadakan pertemuan ringkas bersama YAB Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabat Timbalan Perdana Menteri I pagi ini sebelum memulakan tugas pada hari pertama. Ahli Parlimen Samarahan itu tiba pada pukul 11.30 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Dato’ Sri Ramlan Harun bersama pengurusan tertinggi bagi sesi bersama pihak Kementerian. Datuk Rubiah kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. Beliau seterusnya diiringi ke pejabatnya dan menghadiri taklimat Kementerian. Datuk Rubiah Hj. Wang antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu, 10 Disember 2022 diberikan portfolio Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan […]

trending_flat

[Galeri] Teo Nie Ching ‘clock in’ hari ini di KKD

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) memulakan tugas pada hari ini 12 Disember 2022 di Kementerian Komunikasi dan Digital. Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

trending_flat

PM Anwar terima kunjungan hormat dari Presiden Timor Leste

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu. Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi. Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN. Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama. Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia […]

trending_flat

YB ADAM ADLI MULA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BAHARU

YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah tiba di Menara KBS pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) YBrs. Encik Abdullah Hasan serta Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas mengangkat sumpah Sabtu lalu. Selesai dengan sesi mengimbas Kad Perakam Waktu, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergerak ke ruang pejabat beliau bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Seluruh warga KBS mengalu-alukan kehadiran dan memberikan sepenuh sokongan kepada YB Tuan Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 9 Disember Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation