Program Skills For Life bantu golongan belia hadapi cabaran peningkatan kos sara hidup
PUTRAJAYA, 28 Januari 2023 - Bagi membantu golongan belia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan harga barang sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui melalui Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah merancang untuk mengadakan program Skills For Life. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ditemuramah media di Program Skills For Life pada hari ini. Foto oleh IJAI Menurut KBS, program itu sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, terutamanya belia yang merangkumi golongan belia B40, M40, belia berisiko serta belia minoriti. "Program Skills For Life dilaksana oleh ILKBS dengan menawarkan latihan kemahiran asas kepada komuniti, khususnya golongan belia setempat. Latihan kemahiran asas yang akan diadakan dengan menggunakan kaedah ‘Do It Yourself’ dilaksana pada hujung minggu bulan Februari hingga Mac 2023 ini. Sebanyak 22 aktiviti telah […]