trending_flat

Shopee dan Peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk Perkasa Wanita Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 - Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) fesyen Muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ yang diperibadikan menjelang bulan Jun 2024 dalam usaha untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. Kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita dari apa jua latar belakang. Menurut kajian yang dijalankan terhadap pembeli fesyen Muslimah berumur 35 ke 44 tahun di platform Shopee, 7 dalam 10 Muslimah yang tinggal di kawasan luar bandar mengutamakan keselesaan. Apabila ditanya bagaimana mereka memilih pakaian, separuh daripada mereka add to cart pakaian yang memberi keselesaan. Dua pertiga yang ditinjau pula mencari pakaian baharu yang bersesuaian dengan majlis, atau untuk menggantikan pakaian yang telah lusuh.* Shopee telah memperkuatkan infrastruktur kualiti perkhidmatan platform sepanjang tahun lalu, dan ini memenuhi kehendak penting pembeli fesyen Muslimah yang […]

trending_flat

Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam Siap dilaksanakan

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2024 - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi hari ini. Justeru, bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 28 Mei 2024 (Selasa). "Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Air Selangor terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Kepulauan Tonga

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Kepulauan Tonga pada pukul 4:47 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:47 pagi, 27 Mei 2024Koordinat: 19.5° Selatan 174.5° BaratLokasi: Kepulauan TongaMagnitud: 6.3Jarak: 752km Timur dari Laucala,FijiKedalaman: 138 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah premis pelacuran dalam Operasi Khas pada 23 Mei 2024 di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur. Operasi bermula pada jam 10.20 malam melibatkan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak. Menurut Ketua Pengarahnya, Dato' Ruslin Jusoh, berdasarkan aduan awam dan risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke premis dan menahan 37 orang perempuan warganegara Vietnam, tiga orang perempuan warganegara Indonesia, seorang perempuan warganegara Myanmar, lima orang lelaki warganegara Bangladesh, dua orang lelaki warganegara Vietnam, seorang lelaki warganegara India, seorang lelaki warganegara Pakistan dan seorang lelaki warganegara Indonesia. Kesemua 51 orang warganegara asing yang ditahan berusia dalam lingkungan umur 24 hingga 54 tahun. "Pasukan operasi telah merampas 19 naskhah pasport Vietnam, dua […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Kepulauan Vanuatu

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Kepulauan Vanuatu pada jam 6:23 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:23 pagi, 26 Mei 2024Koordinat: 17.1° Selatan 167.9° TimurLokasi: Kepulauan VanuatuMagnitud: 6.4Jarak: 744km Selatan dari Lata,Solomon IslandsKedalaman: 84 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pengalaman berharga melalui Program Mobiliti Mahasiswa UPSI di Indonesia.

Setiap perjalanan dan pengembaraan ke sesuatu tempat dapat membuka minda dan perspektif seseorang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Justeru, hal ini dapat memberi seribu satu kebaikan lebih-lebih lagi dalam sektor pendidikan. Sekumpulan mahasiswa/i dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai dan terlibat dalam sebuah program mobiliti mahasiswa di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten (UIN SMH Banten) Indonesia pada Disember 2023. Seramai 15 orang yang terdiri daripada mahasiswa/i mewakili tiga jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Jabatan Kaunseling telah mengikuti program mobiliti mahasiswa di sana. Penyertaan dalam program mobiliti di Indonesia yang berlangsung selama 8 hari sememangnya merupakan peluang keemasan buat mahasiswa UPSI. Hal ini demikian kerana program mobiliti yang diadakan membolehkan mahasiswa UPSI untuk saling bertukar ilmu selain dapat mengenali budaya unik warga Indonesia. Kuliah bersama Antara aktiviti menarik yang diadakan sewaktu program […]

trending_flat

KPKT iktiraf perkhidmatan cemerlang PPW dan PPG melalui penganjuran Anugerah Kredit Madani 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit MADANI (AKM) 2024 bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada pagi semalam. Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh KPKT ini bermula tahun 2024 dan akan dilaksanakan secara dwitahunan. Anugerah itu merupakan satu bentuk pengiktirafan atas inisiatif, usaha berterusan, tatakelola perniagaan dan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh Pemberi Pinjam Wang (PPW) berlesen dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen yang layak dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Ia antara lain menunjukkan tahap profesionalisme dan pematuhan akta/peraturan yang tinggi, memberi sokongan kewangan keusahawanan, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sebagainya. Sehingga 30 April 2024, terdapat 4,416 PPW berlesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan 881 PPG berlesen di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81). Terdapat tujuh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation