Masjid hub ibadah, pendidikan dan sosialisasi masyarakat Islam
Oleh: Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadah kepada) Allah semata-mata maka jangan kamu seru bersama-sama Allah sesiapapun. (Surah al-Jinn: ayat 18). Bertitik tolak daripada ayat ini, masyarakat Islam sering menuturkan bahawa masjid itu adalah rumah Allah SWT malah Masjidil Haram di Mekah dalam bahasa Arab turut disebut Baitillah (rumah Allah). Manakala pengunjung dan jemaah dipanggil tetamu Allah SWT ataupun ”Dhuyufurahman” dalam bahasa Arab. Prof. Madya Dr. Aizan Ali@Mat Zin Secara umum, aqidah umat Islam berpegang kepada prinsip bahawa Allah SWT tidak memerlukan rumah sebagaimana manusia. Allah SWT tidak berhajat kepada tempat dan tidak dapat dilihat serta tidak menyerupai makhluk di muka bumi maupun di langit. Ia adalah simbolik kepada hub ibadah yang mengumpulkan orang-orang yang beriman untuk beribadat hanya kepada Allah SWT secara berkelompok maupun bersendirian. Kalimah masjid diulang […]