Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 02 (07 Januari 2024 -13 Januari 2024)
KUALA LUMPUR, 22 Januari 2024 (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-02 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 3,525 kes berbanding 3,181kes pada minggu sebelumnya. Terdapat dua (2) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-02 tahun 2024. Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-02 adalah sebanyak 6,706 kes berbanding 4,739 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat dua (2) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding dua (2) kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-02 adalah sebanyak 136 lokaliti berbanding 130 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 136 lokaliti yang dilaporkan, 106 lokaliti di Negeri Selangor, 17 lokaliti di WPKL & Putrajaya, lima (5) lokaliti di Negeri Perak, empat (4) lokaliti di Negeri Sembilan, manakala masing-masing dua (2) lokaliti di Pulau […]