Pemindahan MITRA ke Kementerian Perpaduan adalah satu langkah strategik – Aaron Ago Dagang
PUTRAJAYA, 5 Januari 2024 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyambut baik rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada bulan lepas yang turut menyaksikan pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN. Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan KPN dan agensi-agensi berkenaan. "Kedua-dua agensi yang diletakkan di bawah KPN ini dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu “memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi” yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara. KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi, dan sosial. Program peningkatan kemahiran, pembangunan modal insan dan […]