trending_flat

KEMASKINI & FAQ #PADU : Data setakat jam 9 pagi 4 Januari 2024

Sumber Halaman X Menteri Ekonomi STATUS PENDAFTARAN BERJAYA Bilangan pengguna berdaftar = 456,136 Bilangan pengguna yang telah buat e-KYC : 230,443 61% selesai dengan pengesahan eKYC ISU-ISU BERBANGKIT: 1. KEGAGALAN e-KYC (PENGGUNAAN CERMIN MATA / e-KYC TERGENDALA) Proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang 5 minit Secara umumnya, individu yang memakai cermin mata TIDAK menyebabkan masalah untuk melaksanakan e-KYC. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar (browser) tidak berada dalam tetapan private. Sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, pengguna boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat. Senarai lokasi kaunter PADU di seluruh negara boleh didapati di pautan berikut: http://padu.gov.my/hubungi/lokasi dan klik ‘Senarai kaunter’. 2. ⁠PEMBETULAN MAKLUMAT BAGI INDIVIDU YANG TELAH PERAKU MAKLUMAT Mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia pada jam 8:43 pagi tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:43 pagi, 4 Januari 2024Koordinat: 7.2° Selatan 130.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan Tanimbar, IndonesiaMagnitud: 5.0Jarak: 451km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 138 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi

KUALA LUMPUR - Koleksi Seni Negara dan seniman jemputan bersatu dalam pameran seni revolusioner bertajuk "Palet Budaya: Interaksi Seni & Gastronomi". Pameran ini menggabungkan karya-karya seni terpilih dengan konsep yang memaparkan perhubungan erat antara seni, budaya, sosial, tradisi, dan ekonomi. "Palet Budaya" menghadirkan aspek-aspek penting dalam interaksi sosial melalui makanan dan medium makanan dalam masyarakat. Melibatkan komponen budaya dan komunikasi, pameran ini menggali unsur-unsur keperluan gastronomi sebagai elemen kunci dalam keterikatan sosial. Mengajak audiens melihat tentang hubungan antara makanan dan identiti individu, yang tak dapat diasingkan dari struktur sosal masyarakat. Budaya pemakanan dianggap sebagai refleksi sejarah dan identiti suatu komuniti, dan karya-karya seni menggambarkan pengalaman harian dalam asimilasi dan aliterasi budaya. Artis menonjolkan pendekatan normatif membahas hubungan gastronomi dalam interaksi sosial, jaringan ekonomi, fokus pada peraturan, cara hidup, nilai-nilai, dan kemandirian masyarakat. Melalui karya-karya mereka, pameran ini menjadi refleksi pengalaman […]

trending_flat

Timbalan KPN bersama MDN sertai pendaftaran

Sumber Facebook Rasmi PDRM PUTRAJAYA, 3 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ke sesi pendaftaran MyDigital ID yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam. MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital yang boleh dimanfaatkan oleh sektor kerajaan mahupun swasta untuk mengesahkan identiti pengguna ketika melakukan transaksi secara talian. Program kerjasama MIMOS Berhad itu juga bertujuan menyahut saranan kerajaan bagi memperkasakan transformasi digital ke arah pendigital perkhidmatan. Hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, barisan Timbalan KSU KDN dan wakil-wakil agensi bawah KDN.

trending_flat

Minetech Umum Pelantikan Abang Abdillah Izzarim Sebagai Pengerusi Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2024 – Minetech Resources Berhad ("Minetech" atau "Syarikat"), pakar kejuruteraan awam, pengeluar produk bitumen serta pemain baru dalam ruang tenaga suria, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Abang Abdillah Izzarim Bin Abang Abdul Rahman Zohari sebagai Pengerusi Eksekutif baharu Syarikat. Encik Abang Abdillah membawa banyak pengalaman dan gaya kepimpinan praktikal kepada Minetech. Terkenal dengan penglibatan aktifnya dalam operasi harian, beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyelaraskan pasukan dengan jangkaan pelanggan dan memupuk perkongsian perniagaan yang berjaya. Perjalanan keusahawanan beliau bermula dengan Aerotrain Charter, yang mengkhusus dalam operasi kargo penerbangan. Selain itu, peranannya sebagai ahli lembaga pengarah di Berjaya Land Berhad dan Sarawak Consolidated Industries Berhad telah melengkapkannya dengan pandangan yang mendalam tentang tadbir urus korporat dan perancangan strategik. Memulakan kerjayanya sebagai juruterbang komersial, Abang Abdillah telah menunjukkan serba boleh yang luar biasa dan minat yang mendalam untuk […]

trending_flat

Selangor negeri pertama hos Jerayawara Madani

PUTRAJAYA, 3 Dismeber 2024 - Menteri Komunikasi , Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju melakukan program Jerayawara (Jelajah) Madani ke negeri-negeri yang akan dimulai di negeri Selangor. Ini adalah susulan dari program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang telah diadakan pada Disember lepas. Menurut Fahmi dalam sidang media di sini hari ini, tarikh pertama program tersebut akan ditentukan dalam masa terdekat. "Dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bahawa negeri pertama yang akan menjadi hos kepada jelajah ini ialah negeri Selangor dan kita akan umumkan dalam mungkin pada minggu depan, tarikh dan juga lokasi bagi program tersebut. Ini akan diikuti dengan Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain. In Sha Allah dalam masa terdekat kita akan bentangkan jadual (program) tersebut." kat Fahmi.

trending_flat

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu. "Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu," kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media. PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino. "Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya," kata beliau. Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu. Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit. Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation