trending_flat

Kementerian Perpaduan Negara lancar Program Kembara Perpaduan @ Kampus

SHAH ALAM, 17 April 2023 - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan Program Kembara Perpaduan @ Kampus, bertempat di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam semalam. Menurut KPN dalam satu kenyataan media yang diedarkan semalam, belia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah negara. "Sumbangan dan penyertaan belia sangat diperlukan khususnya dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Bertepatandengan aspirasi Malaysia MADANI, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mulai Disember 2022 berperanan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang merupakan salah satu usaha ke arah membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya dan rakyat Malaysia amnya. YSS kini merupakan salah satu (1) jentera di bawah KPN yang bertindak untuk membantu KPN dalam menggerakkan program Kementerian dan Jabatan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

15 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 11:07 malam semalam. Maklumat mengenai kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 11:07 malam, 15 April 2023Koordinat: 5.0° Selatan 102.6° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.9Jarak: 131km Barat Daya dari Pagar Alam,IndonesiaKedalaman: 59 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

PDRM akan laksanakan OP Lancar dan OP Selamat 20

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 - OP Lancar akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 18 dan 19 April 2023 bagi memastikan kelancaran perjalanan bersempena sambutan Hari Raya Eid’l fitri 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan melaksanakan OP Selamat 20 bermula 20 April hingga 27 April 2023 (8 hari) bertemakan ‘rumah selamat, sampai ke destinasi’. "Fokus utama operasi ini adalah untuk memastikan aliran trafik yang lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. Juga dalam OP Selamat 20, PDRM melalui Jabatan Pjenayah dan Keselamatan Lomuniti (JPJKK) akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes-kes pecah rumah melalui elemen kereta peronda (MPV), […]

trending_flat

JBPM Lancar EMARS

SHAH ALAM, 15 Mac 2023 – Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM)telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Tahun 2023 bertempat di perkarangan AEON Mall Shah Alam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha binti Mustafa. Dalam ucapan perasmian di majlis tersebut YB KM berkata, “KPKT bersama-sama JBPM melalui Ikhtiar Bitara MADANI akan menambah kemudahan perkhidmatan ambulan udara atau EMARS bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli yang sukar diakses menerusi jalan darat. Tambah beliau, “Kolaborasi multilateral bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Asli (JAKOA) dalam merealisasikan perkhidmatan EMARS ini akan memberi impak tinggi kepada mutu perkhidmatan sedia ada, malah menjimatkan perbelanjaan negara sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.” Selain digunakan untuk membawa doktor, […]

trending_flat

KKR terbitkan video penjelasan berkenaan penutupan FT2747

KUALA LUMPUR 15 April 2023 - Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerbitkan video penjelasan mengapa laluan FT2747 di Gua Musang, Kelantan ditutup. Menurut KKR di dalam satu hantaran di Facebook rasminya, pelaksanaan Projek LTU subpakej 3BC dan 3D telah turut melibatkan pembinaan di atas laluan sedia ada FT2747. "Untuk makluman, pada masa sekarang aktiviti pembinaan sedang giat dilaksanakan dan telah memasuki laluan sedia ada di FT2747 yang telah bermula sejak Disember 2022 (dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar, Gua Musang, Kelantan) dan pada 19 Januari 2023, sebahagian laluan FT2747 telahpun ditutup sehala bagi memberi laluan kepada aktiviti pembinaan. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah menaiktaraf jalan sedia ada yang turut melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan. Sehubungan dengan itu, setelah mengambilkira dan mempertimbangkan kepentingan serta keselamatan awam, sebahagian FT2747 akan ditutup sehingga 31 Disember 2024. Penutupan ini adalah bagi menyuraikan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Jawa, Indonesia

14 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 5:55 petang semalam. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:37 petang, 14 April 2023Koordinat: 6.2° Selatan 113.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.5Jarak: 113km Utara dari Surabaya,IndonesiaKedalaman: 589 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.

trending_flat

Penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan

PUTRAJAYA 14 April 2023 - Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) akan dilaksanakan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 22 dan 23 April 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, MOT berkata bahawa larangan ini akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan) mengambilkira akan peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. "Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini." kata MOT. Maklumat larangan tersebut adalah seperti tertera di poster di bawah : Tambah MOT, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) (No.2) 2023 P.U.(A) 118 bertarikh […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation