Jarak bukan penghambat kemesraan Aidilfitri
Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan masyarakat Muslim berkumpul, meraikan, dan bersyukur setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Nurfarahira Ahmad Yaccob Jauh di mata, dekat di hati, merupakan salah satu ungkapan yang sering meniti di bibir masyarakat apabila tidak dapat berjumpa dengan orang yang tersayang sewaktu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tradisi budaya dan nilai yang sering diamalkan dan masih dikekalkan bagi masyarakat kita adalah pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini bersama ahli keluarga. Menelusuri tradisi budaya ini, kita mengetahui bahawa tidak semua orang diberi kesempatan untuk merasai sambutan hari raya yang meriah disebabkan kekangan waktu untuk bekerja pada hari perayaan. Tugas untuk berkhidmat dan mencari rezeki perlu diutamakan untuk menjamin kelangsungan hidup dan ekonomi keluarga yang […]