Gempa bumi kuat di luar pantai barat utara Sumatera
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada pukul 1:19 petang tadi. Mengikut laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 1:19 petang, 30 Disember 2023Koordinat: 2.5° Utara 93.0° TimurLokasi: Luar Pantai Barat Utara SumateraMagnitud: 6.0Jarak: 323km Barat dari Simeulue,IndonesiaKedalaman: 19 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.