Ketua Sindiket Dadah antara 10 Individu Ditahan dalam Operasi Khas di Sabah – Ayob Khan
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi. Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). “Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini. Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa. “Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah […]