PSIS lafaz ikrar tolak prinsip amalan rasuah dalam organisasi
Warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) baru-baru ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bagi menolak prinsip amalan rasuah dalam insititusi ini. Pengarah PSIS, Mohamad Yusof Sulaiman berkata insiatif ini diadakan supaya warga kerja PSIS sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti yang tidak bermoral membabitkan wang ringgit dalam melaksanakan tugas seharian. “Amalan berunsur rasuah bukan sahaja menyebabkan imej tercalar, tetapi persepsi dan kepercayaan masyarakat terhadap sebuah organisai turut terjejas. Justeru, ikrar yang dibuat pada hari ini penting supaya setiap individu akan melakukan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan ia sejajar dengan Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022-2026 merupakan komitmen Kementerian dalam menangani risiko rasuah seiring dengan aspirasi Kerajaan melalui pembangunan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 iaitu “Ke Arah Negara Bebas Rasuah,” katanya. Beliau turut menegaskan supaya warga kerja PSIS hendaklah sentiasa mematuhi peraturanperaturan penjawat awam. Lafar Ikrar yang […]