Talentcorp Memberi Pendedahan Awal Aspek Kerjaya dan Industri Kepada Murid Sekolah di Kedah Menerusi Program Yes! Rock The School
SUNGAI PETANI, 31 Julai (Bernama) -- Menyedari akan kepentingan untuk memupuk tenaga kerja muda masa hadapan, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mengukuhkan lagi komitmennya serta strategi kemampanan ke arah pembangunan bakat negara melalui pelaksanaan inisiatif YES! Rock The School. Kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) ini bertujuan untuk memanfaatkan pelajar sekolah menengah dengan memberikan pendedahan awal berhubung kerjaya dan ilmu pengetahuan berkenaan tempat kerja. YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia turut memuji usaha TalentCorp ketika Majlis Pelancaran YES! Rock The School Edisi Mega Kedah 2023 atas dedikasi dan usaha agensi tersebut dalam membantu pelajar sekolah untuk membuat keputusan yang berinformasi serta aliran pendidikan dan pilihan kerjaya masa hadapan mereka. "Kepentingan kesedaran awal berhubung sektor pekerjaan, laluan kerjaya dan tempat kerja tidak boleh dipertikaikan. Dengan adanya penglibatan proaktif bersama pelajar dari bangku sekolah, kita mempunyai peluang yang baik […]