trending_flat

Pemimpin agama berkualiti tunjang perpaduan masyarakat majmuk

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Perbincangan berkaitan aspek pemimpin mahupun ketua sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada perbincangan kepimpinan (leadership). Justeru perbincangan Pemimpin Agama (religious leader) juga tidak akan lari daripada persoalan Kepimpinan Agama (religious leadership). Ini adalah kerana kepimpinan agama itu adalah perbincangan yang bersifat umum dan perbincangan pemimpin agama ini adalah bersifat khusus. Penulisan ini akan memberi fokus kepada persoalan pemimpin agama di mana merujuk kepada golongan yang mengetuai kumpulan agama dengan ciri-ciri khusus seperti mempunyai latarbelakang pendidikan agama, menjawat jawatan-jawatan penting di dalam organisasi-organisasi agama dan juga menjadi rujukan kepada masyarakat di bawah kepimpinannya berkaitan hal-hal keagamaan dan secara khusus dalam aspek membina toleransi antara agama dalam masyarakat majmuk. Pelaksanaan dialog antara agama di Malaysia telah melalui satu trasformasi (1980-2000) daripada bersifat tuntutan satu pihak kepada satu pihak yang lain kepada suatu keperluan di dalam masyarakat Malaysia […]

trending_flat

TV ALHIJRAH BAWA PEMBELAJARAN AL-QURAN KE PLATFORM TIKTOK MENERUSI RANCANGAN IQRA

TV AlHijrah membawakan satu inisiatif baharu dalam menjalankan misi dakwah platform digital dengan melancarkan IQRA, sebuah program celik al-Quran di aplikasi TikTok. Dengan kerjasama Darul Fikir, program ini bertujuan menghidupkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina masyarakat berilmu yang berlandaskan prinsip rohani dan intelektual, menjadikan al-Quran sebagai asas kehidupan seharian. IQRA dilihat mampu menjadi platform yang menjadikan Malaysia sebagai negara unggul dalam ilmu dan akhlak, di mana al-Quran menjadi teras kehidupan seharian. Ini selari dengan hadis Nabi SAW tentang kelebihan membaca al-Quran yang berbunyi: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (Riwayat Muslim). Disiarkan pada setiap hari, jam 9 malam, rancangan ini akan membawa penonton untuk mempelajari asas-asas bacaan al-Quran, kaedah tarannum, tajwid, serta mendalami […]

trending_flat

EKSPLORASI TAJWID: PELAJAR TAHFIZ UNITEN BERKONGSI ILMU BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM

Oleh:Nik Amalena Najebah Nik Azman ROMPIN, 10 November 2024 – Program “Eksplorasi Tajwid: Menyelami Keindahan Al-Quran” telah berjaya dilaksanakan di Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rompin, dengan matlamat memupuk kecintaan kepada Al-Quran dan memperdalam pemahaman ilmu tajwid di kalangan penghuni rumah anak yatim tersebut. Program separuh hari ini berjalan lancar dengan kehadiran seramai 26 peserta. Pengarah Program, Saudara Adib Mursyid bin Amran, menyatakan bahawa program ini bermanfaat bagi fasilitator dan peserta. “Para fasilitator dapat menyumbang dalam bentuk ilmu, sementara peserta pula dapat memperkukuhkan pemahaman tajwid serta membetulkan bacaan Al-Quran mereka,” ujar beliau. Program ini dikendalikan oleh enam fasilitator berdedikasi, termasuk lima Huffaz Profesional yang mengikuti Pensijilan Tahfiz Al-Quran di samping Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif disusun sepanjang program untuk memastikan peserta dapat […]

trending_flat

Perspektif syariah dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat

Oleh: Siti Aisyah Samudin, Muhammad Ilhamuddin Arsad Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini menekankan usaha-usaha penting ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan serta komitmen memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih cekap. Menerusi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal, pengurusan hutang dan penyasaran subsidi, belanjawan ini memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat dan reformasi institusi kerajaan. Namun, apa yang menarik adalah untuk meneliti kesemua langkah ini dari perspektif Syariah dan Undang-Undang. Penyasaran Subsidi dan Tanggungjawab Sosial Salah satu isu yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2025 ialah penyasaran subsidi yang lebih bersasar. Subsidi untuk elektrik, diesel dan petrol akan disesuaikan supaya lebih memberi manfaat kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ini bermakna subsidi hanya akan disalurkan kepada 85% rakyat yang berada dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana manakala golongan berpendapatan tinggi akan menanggung kos tanpa subsidi. Dari perspektif Syariah, langkah ini selari dengan prinsip keadilan […]

trending_flat

Institusi masjid harus diurus gaya korporat

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Kerap kali kita mendengar keluhan masyarakat sama ada jemaah setempat mahupun jemaah musafir berkaitan isu-isu asas institusi masjid. Antara yang kerap diperkatakan oleh masyarakat adalah berkaitan (1) tandas kotor/ tidak diselenggara dengan baik, (2) pintu tandas rosak, (3) ruang solat/ karpet berpasir dan berbau, (4) kipas berhabuk, siling bersawang, (5) kain sarung dan telekung berbau hapak, (6) persekitaran tidak diurus dengan baik termasuk pengurusan sampah, (7) masjid tidak cakna hal-hal kebajikan jemaah sekitar, (8) persoalan pengurusan kewangan dan banyak lagi. Tidak kurang juga kajian-kajian berkaitan institusi masjid yang turut menyentuh perkara yang sama dengan beberapa isu-isu tambahan yang lebih memberi penekanan terhadap (8) kualiti urus tadbir-hala tuju institusi masjid, (9) kualiti program mahupun aktiviti yang dianjurkan oleh institusi masjid dan (10) kualiti atau kriteria pelantikan ahli jawatankuasa masjid. Ini tidak lagi menyentuh perkara yang tidak […]

trending_flat

Umat Islam perlu peka dan cakna ajaran Islam sebenar

Oleh: Rusli Abdul Roni Baru-baru ini heboh diperkatakan soal ajaran sesat yang dikaitkan dengan GISB. Antara salah satu fenomena yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan berterusan sehingga ke hari ini adalah kemunculan ajaran sesat. Fenomena ini bukan sahaja membawa kesan negatif kepada individu, malah kepada masyarakat dan umat Islam secara keseluruhan. Oleh itu, umat Islam perlu peka dan cakna terhadap ajaran Islam yang sebenar untuk memastikan keutuhan dan kesucian agama terus terpelihara. Walaupun isu ini bukanlah perkara baharu, malah telah wujud sejak zaman berzaman sejak zaman para nabi dan rasul lagi, namun mesti disedari bahawa ajaran sesat merupakan satu ancaman yang serius terhadap akidah umat Islam. Seperti kes Musailamah alkazzab dan lain-lain yang dicatatkan dalam sejarah Islam.  Ajaran sesat adalah penyimpangan daripada ajaran Islam yang sebenar dan seringkali menyesatkan pengikutnya melalui dakwaan yang menyeleweng daripada ajaran al-Quran dan […]

trending_flat

Juara Olimpik dan Paralimpik Negara berangkat menunaikan Umrah bersama ikhlas.com

Keterangan gambar: Para jemaah Umrah Juara Dunia tajaan ikhlas.com bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ikhlas Kamarudin dan Ketua Pegawai Pemasaran, Fara Hasan serta Mutawif, Ustaz Zeinal Abidin sebelum berangkat ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, Sepang. SEPANG, 5 November 2024 – Juara Olimpik dan Paralimpik Malaysia berangkat untuk melaksanakan ibadah Umrah menerusi itinerari yang diatur khas dengan tajaan penuh Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com). Mereka adalah sebahagian daripada 28 jemaah termasuk jurulatih, ahli keluarga dan kakitangan Majlis Sukan Negara sebagai sebahagian daripada kumpulan eksklusif Umrah Juara Dunia, yang merupakan inisiatif ikhlas.com sebagai penghargaan bagi meraikan pencapaian luar biasa wira-wira negara pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. Wira-wira yang diraikan termasuk atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom; jaguh olahraga para, Muhammad Ziyad Zolkefli dan lompat jauh para, Datuk Abdul Latif Romly. Pengerusi […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation