trending_flat

Teknologi seperti AI penting dalam menangani jenayah siber, kata Saifuddin

PUTRAJAYA 21 Jan 2025 - Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia dan Ekspo 2025 (AISSE 2025) menyediakan platform penting untuk menangani objektif yang sejajar dengan visi Asean untuk daya tahan dan kemakmuran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Kredit Foto : FB Live AISSE25 Beliau berkata sidang kemuncak itu bertujuan memajukan industri mampan dan pembangunan global, meningkatkan daya saing dan daya tahan melalui teknologi, menggalakkan kerjasama serantau dalam ICT dan keselamatan siber, serta mengukuhkan sumbangan dan perkongsian global. Tambahnya, sidang kemuncak tahun ini mengambil langkah berani dengan menangani cabaran yang muncul seperti jenayah siber dan peranan transformatif teknologi, khususnya kecerdasan buatan. "AI bukan sekadar alat, ia adalah pengubah permainan dalam operasi keselamatan. Daripada analitik ramalan kepada pengawasan lanjutan, AI boleh mengesan ancaman dengan lebih pantas dan dengan lebih ketepatan. “Pada masa sama, ia menimbulkan cabaran etika dan tadbir […]

trending_flat

Kerajaan perlu segera labur dalam bidang kepolisan moden

PUTRAJAYA 20 Januari 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan harus melabur dalam bidang kepolisian moden selaras usaha meningkatkan aspek pencegahan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko jenayah. Kredit Foto : Halaman X TPM Beliau berkata, aspek kepolisian moden secara dasarnya memanfaatkan perkembangan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI). Tambahnya, sebagai contoh, Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Polis Asia (AseanaPol) kini menggunakan acuan dan peralatan terkini yang diintegrasikan untuk bekerja secara automatik. “Saya yakin kepolisian moden tidak lagi harus meramaikan ‘omnipresence’ (kehadiran dimana-mana) anggota sama ada beruniform atau tidak beruniform di lokasi tertentu sebaliknya lebih kepada peralatan. “Justeru, kerajaan harus bertindak segera ke arah itu dalam memacu aspek pencegahan dan penguatkuasaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan The Asia International Security Summit and Expo 2025 (AiSSE 2025). Sementara itu, Zahid berkata, biarpun […]

trending_flat

AISSE25 fokus kepada ancaman keselamatan baharu

PUTRAJAYA. 21 Januari 2025 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) memfokuskan kepada ancaman keselamatan baharu seperti jenayah rentas sempadan, jenayah siber dan pemerdagangan manusia. Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Dalam Negeri Katanya, kerjasama antarabangsa melalui perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama adalah penting untuk menangani ancaman itu. "Tidak mungkin satu ancaman keselamatan bentuk baru ini seumpama jenayah rentas sempadan yang bersifat 'cyber crime', penipuan atas talian, pemerdagangan manusia akan kita selesaikan secara bersendirian. "Melainkan kita ada perkongsian, intelligent dan maklumat. Jadi itu mesej yang kita sampaikan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Sidang Kemuncak AISSE25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sidang Kemuncak AISSE25 berlangsung selama tiga hari yang bermula semalam hingga esok dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global […]

trending_flat

PHEKS 2025 bertujuan menyokong dan perkasakan kesatuan sekerja – KESUMA

PUTRAJAYA, 20 Januari 2025 - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) tahun 2025, ketimbang RM2.6 juta pada 2023 dan RM5.8 juta pada tahun 2024, menjadikannya peruntukan tertinggi dalam sejarah. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), PHEKS, yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) di bawah kementerian tersebut, merupakan inisiatif untuk menyokong kesatuan sekerja melalui program Latihan dan Program Pendidikan, Kajian Pergerakan Kesatuan Sekerja, Penulisan Ilmiah dan Pembelian Peralatan Teknologi Maklumat. "Pada tahun ini juga, diperkenalkan satu kluster baharu iaitu Pendigitalan Rekod Pengurusan Kesatuan Sekerja. Objektif utama pelaksanaan PHEKS Tahun 2025 ini adalah untuk menyokong dan memperkasa pergerakan kesatuan sekerja melalui peningkatan latihan kemahiran serta pengadaptasian penggunaan teknologi." kata KESUMA melalui satu kenyataan hari ini. Keputusan itu juga merupakan kesinambungan iltizam KESUMA untuk sentiasa berdiri teguh bersama pekerja, memastikan suara mereka didengar dan […]

trending_flat

Penubuhan pasukan petugas jenayah siber ASEAN kekang jenayah siber – Zahid

PUTRAJAYA 20 Januari 2025 - Penubuhan pasukan petugas jenayah siber Asean seperti Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengekang jenayah siber di negara-negara serantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kredit Foto : Halaman X TPM Beliau berkata ini bagi memudahkan perkongsian maklumat risikan dan kerjasama dalam menangani ancaman digital dengan lebih berkesan. “Sepanjang tahun lalu, Malaysia melaporkan kerugian kewangan lebih daripada RM1.22 bilion akibat jenayah siber dan berjaya mengesan berjuta-juta ancaman siber. “Ini mengukuhkan keperluan untuk mempertingkatkan daya tahan siber dan langkah keselamatan siber secara lebih proaktif.” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Peluncuran dan Perasmian Pameran Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25). Dalam pada itu, Zahid turut menggesa semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, dan pemimpin industri untuk mengambil tindakan tegas dalam beberapa perkara antaranya kepolisan berasaskan kecerdasan buatan (AI). […]

trending_flat

AISSE’25 disasar kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara, kata Saifuddin

PUTRAJAYA - Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) bukan sekadar sebuah acara tetapi satu inisiatif strategik yang bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama, dan kepimpinan. Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Dalam Negeri Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persidangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari esok hingga 22 Januari ini. Jelasnya, persidangan itu diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertemakan “Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration,” mencerminkan aspirasi untuk perpaduan, kerjasama, dan pembangunan. Dalam pada itu, Saifuddin berkata AISSE’25 menyasarkan kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara. Katanya ini termasuk jenama terkemuka seperti Barzan Holdings, BlackBerry, 1AETOS & DRON, Systems Consultancy Services, SAMSUNG, ELMU E, Dahua Technology and U Mobile. "Acara ini akan menampilkan 109 syarikat […]

trending_flat

KITA GEMPUR – KPDN SERBU 3 PREMIS BERASINGAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN BARANG KAWALAN BERSUBSIDI

PUTRAJAYA 18 Januari 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan 3 serbuan berasingan di bawah pelaksanaan inisiatif KITA GEMPUR melibatkan aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi pada 15 dan 16 Januari 2025. Menurut KPDN, serbuan pertama telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya pada 15 Januari 2025 yang bermula kira-kira jam 2.00 petang di sebuah premis tanpa nama di Jalan Kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan berkaitan aktiviti decanting iaitu memindahkan gas daripada tong berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong berkapasiti 50kg untuk kegunaan industri bukan bersubsidi. "Hasil pemeriksaan lanjut, premis itu juga tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] untuk menjalankan urus niaga berkaitan barang kawalan. Modus operandi sindiket adalah dengan mendapatkan bekalan LPG bersubsidi berkapasiti 14kg daripada pemborong berlesen di sekitar daerah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation