trending_flat

Pakej RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 6 April 2023 - Majlis pelancaran Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur telah diadakan di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur semalam. Ia dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub. Dalam satu siaran media semalam, Salahuddin berkata, pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur melalui Pakej RAHMAH merangkumi promosi pakej Penginapan dan Iftar iaitu pakej Penginapan Dua Hari Satu Malam di Bilik Standard, Termasuk Sahur dan Iftar untuk Dua Orang Bernilai RM250 sahaja. Foto oleh LNA/Yusri Ibrahim "Di bawah Pakej RAHMAH Bersama Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, harga bagi setiap pengunjung yang ingin menikmati ruangan bilik yang lebih luas iaitu di lain kategori pilihan di hotel seperti Bilik Deluxe, Bilik Junior Suite, Bilik Executive Suite ataupun kategori pilihan di Residence seperti Satu, […]

trending_flat

RM183 Juta Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta FELCRA 2022

Jelebu, 6 April 2023 – Lebih 70,000 warga peserta FELCRA Berhad menerima berita gembira menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182,785,208.18 ini memanfaatkan seramai 68,437 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 616 projek untung. Prestasi bayaran akhir ini dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta FELCRA Berhad 2022 telah meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM 475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54% atau RM 26,349,354. Bayaran bagi keuntungan boleh agih ini akan dibayar kepada warga peserta secara berperingkat bermula hari ini. Langkah FELCRA Berhad yang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Sulawesi

6 April 2023 - Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 8:32 pagi tadi. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:32 pagi, 6 April 2023Koordinat: 0.7° Selatan 122.2° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.4Jarak: 164km Barat Daya dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 9 km Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

trending_flat

Gempa Bumi Kuat di Selatan Panama

5 April 2023 - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Selatan Panama pada pukul 6:18 pagi tadi. Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia berkata Pusat gempa bumi tersebut terletak 7.7° Utara dan 82.3° Barat dengan kedalaman 10 km. 1,408 km Utara dari Sullana, Peru. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Penjelasan JPN berkenaan isu penipu identiti terdiri dari warga asing

4 April 2023 - Berhubung laporan bertajuk "46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam” yang disiarkan oleh sebuah media semalam, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil hari ini memberi penjelasan. Jelas JPN dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan salah satu agensi yang diberikan kemudahan akses kepada Sistem myIDENTITY milik JPN. "Sistem myIDENTITY mula diperkenalkan pada tahun 2012 telah dapat membantu SPA mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Pengintegrasian sistem ini juga membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang mana ianya merupakan keperluan wajib kerana jawatan di dalam sektor awam adalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia sahaja. JPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan ini." kata […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia

3 April 2023 - Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10:59malam semalam. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.9° Utara dan 98.8° Timur dengan kedalaman 86 km. 84km Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia. Tambah MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Katanya lagi, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

trending_flat

Timbalan Menteri Pertahanan Santuni Veteran Negeri Kedah Dan Pulau Pinang

ALOR SETAR 3 April 2023 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah melaksanakan Program Peduli Veteran (PPV) peringkat Negeri Kedah semalam. Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan tiga (3) lawatan kebajikan serta menyantuni veteran-veteran ATM di sekitar Alor Setar. Program ini adalah merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam usaha memberi fokus berterusan kepada veteran dan keluarga tanggungan khususnya dalam aspek kebajikan. Ia juga merupakan usaha pihak kementerian untuk memastikan agenda tersebut sentiasa diberi keutamaan. PPV yang dilaksanakan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan perhatian dan bantuan. Veteran-veteran tersebut antaranya ada yang mengalami sakit kritikal, uzur serta tinggal dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kotak makanan dan sumbangan-sumbangan lain yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation