trending_flat

Fadillah selamat tiba di Peru

PERU, 14 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting – EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah selamat tiba di Lima, Peru. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X beliau, mesyuarat kali ini akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. "Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) saya akan mengetengahkan pendirian Malaysia dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050, menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), […]

trending_flat

Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai program pelajar musim panas CERN 2024 (CSSP) 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2024 (Bernama) -- Dua pelajar cemerlang Malaysia, Nurul Nabiilah Sulaiman, 25, dan Shim Zi Jun, 23, telah terpilih untuk menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) di Geneva, Switzerland. Mereka merupakan antara 150 saintis muda dari seluruh dunia yang telah ditawarkan peluang istimewa bagi mengambil bahagian secara aktif dalam operasi harian kumpulan penyelidik yang menjalankan eksperimen di Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN). Program ini sedang berlangsung bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2024. Nurul Nabiilah merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik dari Universiti Malaya dan sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Minat beliau terhadap komuniti dan sains telah mendorong semangat kerjasama dan dedikasinya terhadap pembelajaran yang berterusan. “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia di CSSP 2024. Ini adalah peluang yang luar biasa bagi merealisasikan impian saya […]

trending_flat

Kemasukan pelancong meningkat 84.55 peratus

Oleh Mohd Faiz Abu Hasan / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 14 Ogos – Kemasukan seramai 8.7 juta pelancong ke Negeri Melaka setakat Julai lalu menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding sepanjang tempoh sama pada 2023. Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron berkata, berlaku peningkaan sebanyak 3,992,516 orang pelancong atau 84.55 peratus. “Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bertemakan, Mana Lagi? Melaka Ler…Kerajaan Negeri menyasarkan kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa seramai 15.0 hingga 18.7 juta orang. “Apa yang istimewa, Kerajaan Negeri juga menyediakan Kupon Cabutan Bertuah TMM2024 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti 12 buah kereta, 24 buah motosikal dan sebuah bot kepada pelancong yang menginap dua malam di Melaka selain mereka yang membeli cenderamata TMM2024,” katanya. Beliau berkata ketika berucap mewakili Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin pada Festival Pengantin di pusat beli-belah Mahkota […]

trending_flat

Mangsa banjir di daerah Alor Gajah menurun

ALOR GAJAH 12 Ogos 2024 – Cuaca baik setakat petang semalam membantu beberapa kawasan yang dilanda banjir kembali pulih dan bilangan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga menurun. Menurut laporan Melaka Hari Ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah Leftenan (PA) Mohd Ridhwan Latip berkata,bilangan mangsa di PPS menurun kepada 407 orang berbanding 419 pada tengah hari semalam. Menurutnya, bilangan PPS juga menurun kepada tujuh selepas dua PPS iaitu di PERKIM Masjid Tanah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih ditutup pada jam 2.30 dan 3.30 petang semalam. “Setakat ini, PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Ar-Rasyidin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 163 orang, diikuti 125 di PPS Japerun Kuala Linggi dan 61 di PPS Balai Raya Paya Lebar. “Selain itu, 45 mangsa pula masih berada di PPS Dewan Japerun Ayer Limau, 10 di PPS Balai Raya […]

trending_flat

Permata Pulau Pinang ‘Tan Sri Yussof Latiff’ – Ulang Tahun Ke-94

Oleh : M. Shahrizul Muiz (Zul) Ramai yang mengenali Tan Sri Yussof Latiff melalui pelbagai jawatan rasmi beliau, tetapi secara peribadi, saya melihat beliau sebagai ‘Ayahanda Anak-Anak Yatim’. Beliau telah membina sebuah ekosistem yang menyatukan semua rumah anak yatim di Malaysia di bawah satu payung untuk pemantauan yang berkesan, terutamanya dalam hal pendidikan dan kehidupan anak-anak yatim. Beliau memahami bahawa pertubuhan-pertubuhan anak yatim ini bergantung kepada sumbangan, dan beliau sentiasa memastikan dana yang diterima ini diuruskan dengan baik dan digunakan dengan berhemat, tanpa perbelanjaan yang tidak perlu atau pembangunan berlebihan. Penggunaan sumber yang berkesan ini adalah salah satu ciri utama beliau. Usaha Tan Sri Yussof Latiff sangat penting dalam memastikan rumah anak yatim di seluruh Malaysia beroperasi dengan lancar. Kepimpinan beliau dalam pelbagai projek kebajikan telah membawa impak positif yang besar kepada komuniti - sehingga hari ini pasti akan ada […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 7:36 malam semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:36 malam, 12 Ogos 2024Koordinat: 2.4° Utara 126.7° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 190km Barat Laut dari Ternate, IndonesiaKedalaman: 88 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Isu masalah air di Gua Musang : JAKOA tepis dakwaan Annuar Musa

GUA MUSANG, 12 Ogos 2024 - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan Tan Sri Annuar Musa bahawa isu masalah air di Gua Musang, Kelantan berpunca dari kegagalan pihak JAKOA menyelenggara Sistem Rawatan Air. Dalam satu kenyataan hari ini, JAKOA menjelaskan bahawa sebanyak 109 buah Kampung Orang Asli di Gua Musang, Kelantan mempunyai sistem bekalan air iaitu menggunakan sistem air paip (3), 16 tubewell atau boring (air bawah tanah) dan 90 graviti (sungai). "Sepanjang RMK12, sejumlah RM25 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja bina baru dan pembaikan Sistem Rawatan Air manakala sebanyak RM5 juta pula dibelanjakan untuk kontrak penyelenggraan. Isu pembekalan air ke perkampungan Orang Asli adalah berpunca dari sumber air yang terhad selain dari sumber air yang tercemar. Masalah ini berlaku bukan sahaja di perkampungan Orang Asli malahan juga di seluruh negeri Kelantan." kata JAKOA. Jelasnya, ia berlaku disebabkan kurangnya […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation