trending_flat

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 - Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe telah menghadiri dialog diantara PEKESTAR, Fusun International Holding LTD to membantu menyelesaikan masalah Projek Star City yang telah lama terbengkalai. "Saya faham banyak komplikasi berkenaan Star City yang berlarutan semenjak 18 tahun lepas, tapi saya akan menjadikan keutamaan saya mengkaji projek ini dan seterusnya cuba membantu keperluan para pembeli Star City sedia ada". "Saya akan cuba sedaya upaya membantu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua belah pihak, para pembeli dan SUDC dalam isu ini" tegas Phoong lagi. Phoong juga mengingatkan bahawa beliau telah dipilih oleh rakyat dan menjadi tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu berbangkit di Kota Kinabalu. Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Stephen Wong, Presiden PEKESTAR, Anthony Dumpangol, Pengurus Besar SUDC, Datin Leena Bohuntang, Timbalan Pengurus Besar dan Chen Full Qing, Pengurus Projek Fusun International HoldingLTD.

trending_flat

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 - Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari ini. "Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Langkawi Kedah. Manakala di  Sarawak adalah di Limbang. Di Sabah pula kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). Turut terlibat adalah WP Labuan." kata kenyataan tersebut. Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga 1:00 tengah hari hari ini.

trending_flat

Jualan RAHMAH Raya SABELLA

SELANGOR, 25 MAC 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH Bersama SABELLA yang diadakan di HQ SABELLA Holding Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. "Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada." kata KPDN dalam satu kenyataan hari ini. Bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati […]

trending_flat

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 - Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diadakan di 13 Negeri mulai 24 Mac 2023 bersamaan 2 Ramadan 1444H dengan lokasi pertama di Masjid Batu 8, Gombak Selangor. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa […]

trending_flat

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri Bin Misman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac 2023 (Rabu) menggantikan YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh. Menurut JPN, Zamri yang berumur 51 tahun, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997. "Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN)." kata JPN. Pada masa yang sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.

trending_flat

KPKT Proaktif Mantapkan Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Kepada Rakyat Melalui Pelantikan Panel Berkepakaran (Panel Of Experts-POE)

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan Watikah Pelantikan kepada 28 orang Panel Berkepakaran (Panel Of Experts- POE) bertempat di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Panel Berkepakaran ini merupakan individu serta pemain industri yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam berkaitan sektor Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan di Malaysia sepertimana fungsi dan peranan Kementerian ini. Ahli-ahli POE ini dilantik daripada individu berlatar belakangkan pelbagai bidang seperti perumahan, kewangan, ekonomi, kebombaan dan pembinaan. Ia juga melibatkan penyertaan individu-individu daripada institusi-institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Real Estate & Housing Developers' Association - REHDA), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Banks Malaysia, Profesor Universiti dan lain-lain. YB KM berkata, “Pelantikan […]

trending_flat

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 - Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri Menu RAHMAH yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Parlimen Malaysia semalam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu RAHMAH telah berjaya dikumpulkan di dalam majlis kenduri tersebut. Antara industri dan persatuan yang menyertai majlis kenduri ini adalah Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia, PLUS Berhad, Marry Brown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd. Justeru, KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu RAHMAH kepada jemputan secara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation