trending_flat

Lembaga Tabung Angkatan Tentera adakan kunjungan hormat kepada Abang Johari

KUCHING, 9 Februari 2023 - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, di sini, pagi semalam. Tujuan kunjungan hormat yang diketuai Ketua Eksekutif LTAT Dato’ Nazim Othman tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama luas dalam aktiviti pelaburan bersama kerajaan negeri Sarawak. Untuk rekod, LTAT telahpun mempunyai hubungan pelaburan langsung dan tidak langsung dengan kerajaan Sarawak sama ada pelaburan masuk atau pelaburan keluar melibatkan rakan strategik di negeri ini. LTAT tertarik dengan polisi ekonomi Sarawak yang berpandangan jauh dan berwawasan seperti kelestarian alam sekitar, ekonomi hijau, ekonomi digital dan sebagainya. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pelaburan Fitri Othman dan Pengarah Kanan Strategi Dayana Rogayah Omar.

trending_flat

KPKT Sasarkan Pencapaian Kadar 45% Pengurangan Carbon Footprint Menjelang Tahun 2030 Melalui Pelaksanaan Inisiatif Hijau Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 9 Februari 2023 - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melancarkan Inisiatif Hijau Cameron Highlands. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bertempat di Zenith Hotel, Cameron Highlands. Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Johari bin Harun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang; YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT; Tuan Ir. Zulkifli bin Tamby Chik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp dan Mr. Takizawa Masahiko, Pengarah Japan International Cooperation Agency Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh seramai 400 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil kementerian, agensi-agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, NGO, IPTA/IPTS, wakil industri, pengusaha industri perhotelan, pertubuhan peladang dan jawatankuasa perwakilan penduduk di Cameron […]

trending_flat

Dr. Masliha akan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 9 Februari 2023– Exco Pergerakan Puteri UMNO Dr. Masliha Harun mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO mengantikan Datuk Zahida Zarikh Khan. Masliha yang bergiat lebih 20 tahun sebagai ahli parti berkata, REVU akan menjadi visi beliau kepada Puteri UMNO sekiranya terpilih sebagai ketua sayap yang baharu. REVU yang bermaksud peremajaan (rejuvenation), pemerkasaan (empowerment), suara (voice) dan perpaduan (unity) berupaya membawa inspirasi dan kekuatan kepada Puteri UMNO dan parti itu sendiri. “Politik sekarang ini dinamik. Dulu politik khidmat bakti sekarang politik baru. Kita perlu rejuvenasi Puteri dengan menarik penyertaan anak muda kepada UMNO secara lebih agresif. “Saya mahu tambahkan keahlian Puteri dengan melibatkan semua kumpulan iaitu mahasiswa, profesional dan golongan wanita muda berumur 18 tahun. “Saya juga mahu empowered Puteri. Bukan sekadar memperkasakan tetapi berani membawa suara anak muda dengan imej lebih yakin dengan memperjuangkan ekonomi, pendidikan dan kepimpinan […]

trending_flat

PERTOM KL sediakan Menu RAHMAH

KUALA LUMPUR 8 Februari 2023 - Menu RAHMAH yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga sebuah hidangan seimbang yang sangat berpatutan itu, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini. Semalam Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia (PERTOM) serta 50 Pengusaha Restoran Tom Yam telah merasmikan Menu RAHMAH di sekitar Lembah Keramat AU5, Kuala Lumpur. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menjawab soalan-soalan dari media semalam. Foto oleh FADLISHAM FADZIL Program bersama Pengusaha Restoran […]

trending_flat

RUU kesalahan menghendap perlu dibentang semula di sidang Parlimen akan datang

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh memaklumkan bahawa sejak bulan Januari 2023, beliau telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-UndangJabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukkan-peruntukkan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 yang berhubung kesalahan menghendap (stalking). Dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, Ramkarpal berkata hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, beliau telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan ini secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan. "Satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana […]

trending_flat

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 - Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato ’Sri Haji Fadillah Haji Yusof, akan berangkat ke Jakarta pada 8 Februari 2023 untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari. Beliau akan diiringi delegasi dari Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi-agensi di bawahnya. Menurut KPK, bagi sektor sawit, pertemuan akan diadakan dengan Yang Terhormat Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia. "Perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan strategi yang perlu disusun secara terancang untuk menangani Peraturan Kesatuan Eropah terutamanya European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang meletakkan industri sawit dalam risiko. Selain itu, kerjasama melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) akan terus dipertingkat bagi kepentingan bersama. Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan pakatan negara pengeluar minyak sawit dan menggiatkan kempen positif secara bersama di samping mengadakan dialog dengan […]

trending_flat

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 - Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah melantik lima individu yang akan menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan. Dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan semalam, Anwar berkata badan penasihat khas itu terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican. Selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas tersebut akan dianggotai oleh: • Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali;• Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng;• Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan• Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi. Jelas Anwar badan penasihat khas yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation