trending_flat

Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan bakal penuhi permintaan bakat AI

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Hub Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI Education Hub) Pulau Pinang telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang bertujuan untuk menaik taraf pendidikan dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga universiti, pendidik, dan masyarakat umum. Menurut Chang Lih Kang, permintaan untuk kepakaran dalam bidang AI semakin meningkat di pasaran kerja sejajar dengan peningkatan pelaburan yang diterima daripada syarikat-syarikat teknologi global seperti Microsoft, NVIDIA dan ByteDance. Oleh yang demikian, hub itu bakal memainkan peranan yang penting dalam memenuhi permintaan bakat berkemahiran tinggi dalam industri teknologi khususnya dalam bidang AI. “Justeru, kami mensasarkan seramai 3000 peserta yang akan terlibat dalam inisiatif AI Education Hub menjelang tahun 2025. Saya yakin fasiliti yang tersedia akan mampu mempersiapkan bakat negara dalam memacu pembangunan teknologi AI, seterusnya menjadikan Malaysia […]

trending_flat

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim. Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak. “Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya. Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton […]

trending_flat

UM didik lupus ubat cara selamat, lestari

Hampir setiap rumah mempunyai lebihan ubat atau ubat yang telah tamat tempoh. Ubat-ubatan ini dikumpul dan disimpan di dalam laci tanpa tidak diketahui apa yang perlu dilakukan dengan ubat tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk melupuskan dengan cara yang betul. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun 2021, sebanyak 25 peratus daripada penduduk Malaysia menyimpan ubat yang telah tamat tempoh di rumah. Ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan lagi boleh membawa risiko yang besar. Dr. Zuraidah Mohamed, Pengarah Klinik Universiti Malaya menekankan bahawa ubat yang telah tamat tempoh mungkin telah kehilangan keberkesanannya dan boleh mengundang bahaya sekiranya digunakan. “Sebagai contoh, penggunaan ubat antibiotik yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kegagalan rawatan dan seterusnya meningkatkan risiko perkembangan bakteria tahan antibiotik,” katanya. Malah, tambah beliau sekiranya penyimpanan ubat ini tidak cermat, ianya akan mengundang risiko keracunan. “Berdasarkan statistik […]

trending_flat

Ewon adakan pertemuan dengan Ketua Menteri, bincang perkara MA63 dan inisiatif Bank Rakyat di Sabah

KOTA KINABALU, 8 Ogos 2024 - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini. Menurut Ewon, pertemuan tersebut antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah. “Walaupun sudah sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan termasuklah hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah. Saya telah memaklumkan Ketua Menteri komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah,” katanya. Ewon yang juga merupakan menteri yang membantu Timbalan Perdana Menteri II Dato Seri Fadillah Yusof menyelaras isu-isu Sabah menyatakan […]

trending_flat

Fadillah sampaikan sijil kepada 380 kakitangan IWK

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menyampaikan sijil kepada 380 kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2024. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre, KL pada pagi tadi. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X rasminya, Program SKM itu membuktikan IWK sentiasa komited dalam memperkasakan kakitangannya dengan memberi peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan. Ia juga manifestasi kepada dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan warga kerjanya. SKM penting dalam memastikan kualiti dan standard kemahiran tenaga kerja di negara ini. Kerajaan juga mengiktiraf pentingnya bidang teknikal, vokasional dan kemahiran serta perlunya modal insan mahir. Melalui SKM juga kita dapat memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). SKM mengiktiraf kemahiran yang dimiliki individu, […]

trending_flat

TYT rasmi Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024

Oleh Norafiqah Jamal / MELAKA HARI INI AYER KEROH 8 Ogos – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 2024 di Hotel MITC, di sini, malam tadi. MABIMS merupakan singkatan bagi Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Program anjuran Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Dakwah Bil Hal itu disertai kira-kira 40 belia Negara MABIMS membabitkan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Tahun ini, program Perkaderan Syabab MABIMS yang diadakan pada 6 hingga 14 Ogos menjelajah ke empat lokasi iaitu Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Pada majlis itu, Tun Dr. Mohd Ali yang diiringi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Dr. Ruslan Said telah menyempurnakan lafaz […]

trending_flat

Dana Pembangunan Arab Saudi Mengumumkan Sambutan 50 Tahun Impak Global dengan Acara Ulang Tahun

RIYADH, Arab Saudi, 8 Ogos 2024 (Bernama) -- Dana Pembangunan Arab Saudi (SFD) akan menganjurkan Makan Malam Gala pada 01 September 2024, di bawah tema Meraikan 50 Tahun Impak Global, memperingati lima dekad memacu pembangunan dan kemajuan global yang mampan. Sejak penubuhan dana tersebut pada tahun 1974, SFD telah menjadi cabang utama pembangunan antarabangsa Kerajaan Arab Saudi, menyokong inisiatif pembangunan mampan di seluruh Afrika, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean, serta Eropah Timur. Melalui kerjasama dan perkongsian, usaha SFD membantu negara di rantau yang paling memerlukan di seluruh dunia. SFD juga komited untuk menyokong Negara Termundur dan Negara Pulau Kecil Membangun, mengiktiraf cabaran dan kerentanan unik yang dihadapi oleh negara masing-masing. "Selama 50 tahun, SFD telah bekerjasama dengan komuniti dan rakan kongsi untuk memacu perubahan pembangunan transformatif. Program kami telah menyentuh hampir setiap aspek masyarakat, daripada membina infrastruktur sosial yang penting […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation