trending_flat

Gempa bumi sederhana berlaku di Jawa, Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

21 November 2022 -–  Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 2:21 petang hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:21 petang, 21 November 2022Koordinat: 6.8° Selatan 107.1° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 26km Timur Laut dari Sukabumi,IndonesiaKedalaman: 45 km Mengikut penilaian tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Pemimpin-Pemimpin APEC Menyeru Pertumbuhan Inklusif, Dibina Berdasarkan Agenda Kemampanan Di Rantau Ini

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pasifik (APEC Economic Leaders’ Meeting – AELM) melabuhkan tirainya di Bangkok, Thailand semalam dengan hasil yang memberangsangkan yang menyaksikan para Pemimpin Ekonomi APEC berikrar untuk mempergiatkan lagi usaha ke arah pemulihan ekonomi yang inklusif, pasca pandemik. Kenyataan PemimpinEkonomi tersebut turut menegaskan komitmen APEC untuk terus berusaha secara kolektif ke arah meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di rantau Asia Pasifik, di samping meningkatkan taraf hidup mereka. Berlandaskan Visi Putrajaya 2040 serta Pelan Tindakan Aotearoa, para Pemimpin Ekonomi juga menekankan kepentingan untuk mencapai objektif kemampanan APEC menerusi pendekatan yang tegas, responsif dan komprehensif. Dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Jeneral Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand, AELM 2022 dimulakan dengan sesi Pemukiman yang mana Pemimpin-Pemimpin Ekonomi menumpukan perbincangan berhubung usaha-usaha APEC dalam mencapai pembangunan yang seimbang, mampan dan inklusif, dengan berpaksikan kepada konsep Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG). Delegasi Malaysia telah diketuai oleh […]

trending_flat

Polis jamin keselamatan hari pembuangan undi esok

17 November 2022 - Ketua Polis Negara IG Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan berlangsung esok. Katanya dalam satu kenyataan semalam, pelbagai elemen telah digerakkan bagi memastikan kelancaran hari mengundi terjamin. "Setakat ini, proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar walaupun terkesan beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik. Manakala dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan adalah terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam. Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pembuangan undi akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat." kata Acryl Sani. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman […]

trending_flat

Pengguna Yang Bijak, Harus Tahu Menggunakan Teknologi Secara Bertanggungjawab

CYBERJAYA, 16 NOVEMBER 2022 – Penggunaan media sosial yang sangat aktif pada bulan ini disebabkan oleh musim pilihanraya. Trend yang sebegini semakin meningkat naik di Malaysia mahupun di dunia di mana masyarakat mendapatkan maklumat, berita mahupun isu-isu semasa adalah dengan menggunakan platform atas talian atau media sosial seperti portal berita internet, Facebook, Twitter, Whatsapp dan Instagram berbanding sumber tradisional seperti televisyen dan akhbar harian. Tidak dapat tidak, trend ini merupakan satu manifestasi gaya hidup bagi setiap peringkat umur, baik yang muda mahupun yang telah berusia. Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit kita semua mudah untuk mengakses media sosial di mana saja kita berada. Kita juga dengan mudah dapat menerima dan menyampaikan apa jua berita dengan pantas. Seandainya kita tidak berhati-hati, adakalanya sesetengah pihak akan mengambil kesempatan dengan mengeluarkan berita yang palsu, kandungan yang tidak tepat serta status yang […]

trending_flat

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, En. Mohd Azharuddin Mat Sah menyifatkan kelulusan yang diberikan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi pembukaan semula keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya bermula jam 6 pagi hari ini adalah satu berita yang amat dialu-alukan. “Kami berterima kasih kepada APAD dengan kelulusan yang telah diberikan untuk menyambung operasi LRT Laluan Kelana Jaya. Kini kami boleh kembali memberi perkhidmatan sebaiknya kepada seluruh warga kota. Pemantauan sistem akan diteruskan bagi memastikan ia kekal stabil agar perkhidmatan dapat dijalankan dengan selamat.” Kami sekali lagi menekankan bahawa keputusan yang diambil adalah demi keselamatan pengguna. Pembukaan penuh perkhidmatan lebih awal daripada jadual ini diharap dapat mengurangkan kesulitan yang telah dilalui oleh pengguna pengangkutan awam, khususnya mereka yang menggunakan LRT Laluan Kelana Jaya.” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. Dalam […]

trending_flat

RAPID KL : Kemaskini kekerapan waktu puncak (7.00 pagi hingga 9.30 pagi)

14 November 2022 - Berikut adalah kemaskini kekerapan waktu puncak (7.00 pagi hingga 9.30 pagi) sebagaimana yang dikongsi di Twitter rasmi ASK RAPID KL pada pagi ini : 1/2 14 November 2022: Selamat pagi. Kemaskini kekerapan waktu puncak (7.00 pagi hingga 9.30 pagi).Laluan Kelana Jaya: 5 minitLaluan Ampang/Sri Petaling: 3 minit *DPP/6 minit Bukan DPPLaluan Monorel: 10 minitLaluan Kajang: 6 minitLaluan Putrajaya: 4 minit— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 13, 2022 AMKHAS RAPID KL : Kemaskini kekerapan waktu puncak (7.00 pagi hingga 9.30 pagi) By hebahan amNovember 14, 2022 AMKHAS LRT Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya mulai jam 6 pagi esok By hebahan amNovember 13, 2022 KHASPolitikPRU15 BN Fokus Tambah Baik Infrastruktur Luar Bandar By E NEWSNovember 13, 2022

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation