Balai Seni Negara adakan sesi Dialog Penggiat Seni bersama Timbalan Menteri MOTAC
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – Balai Seni Negara telah mengadakan “Dialog Penggiat Seni Visual Bersama YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)” bertempat di Auditorium, Balai Seni Negara semalam. Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Encik Shaik Rizal Sulaiman, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Encik Amerrudin Ahmad, pegawai-pegawai kanan MOTAC, jabatan serta agensi. Sesi dialog tu diadakan dengan matlamat untuk mewujudkan platform komunikasi dua hala antara Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan dalam mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan seni. "Sesi dialog yang berlangsung kira-kira satu jam ini dihadiri seramai 200 orang, terdiri daripada penggiat seni, wakil persatuan seni, galeri seni awam dan swasta serta warga akademik. Pertemuan antara YB Timbalan Menteri MOTAC dan para penggiat seni tempatan ini secara langsung dapat membuka ruang bagi membincangkan pelbagai […]