trending_flat

Hasil Perbincangan Berhubung Pandangan Islam Terhadap Isu Boikot Sempena Persidangan Meja Bulat (Tertutup) Anjuran IKIM pada 27 Jun 2024 (Khamis)

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Sejak akhir-akhir ini ada beberapa siri kempen boikot yang digerakkan oleh umat Islam di negara kita sehingga memberi kesan yang kurang baik terhadap ekonomi orang Islam dan juga keharmonian kaum. Boikot untuk produk-produk rangkaian francais antarabangsa dicetuskan ekoran kekejaman genosid dilakukan terhadap umat Islam di Palestin bermula 7 Oktober 2023; manakala boikot untuk sesetengah produk tempatan dilakukan ekoran daripada penemuan kalimah Allah pada stoking di salah sebuah rangkaian pasaraya.   Pada 3 Mei 2024, YB. Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato Setia Dr. Hj. Mohd. Naim bin Hj. Mokhtar telah mengarahkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk mengkaji isu boikot ini sedalam-dalamnya secara ilmiah melalui perbincangan tertutup.  Sehubungan itu, dua buah pusat akademik IKIM iaitu, Pusat SYARAK dengan kerjasama Pusat EMAS IKIM menganjurkan Persidangan Meja Bulat (Round Table Discussion) pada 27 Jun 2024 bagi mendapatkan […]

trending_flat

Tanggungjawab bina dan selenggara parit di bawah PBT

KUALA LUMPUR 9 Julai 2024 - Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa pengurusan sistem saliran dan perparitan diuruskan oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuklah juga lain-lain agensi dan pemaju berkaitan. Menurut Fadillah di sidang Dewan Rakyat pagi ini, merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah PBT. "Walau bagaimanapun, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan sentiasa bekerjasama dengan agensi terbabit dalam memastikan sistem saliran dapat berfungsi dengan baik. Bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi, Jemaah Menteri pada tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan atau perbandaran adalah dibawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran semulajadi […]

trending_flat

150 Tabika Pra Tahfiz KEMAS di Melaka

Oleh MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID BANDA HILIR 8 Julai – Sebanyak 150 Tabika Pra Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) disasarkan akan beroperasi di Melaka. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, buat masa ini pembukaan tabika yang memberi fokus kepada pendidikan agama Islam itu masih di peringkat permulaan di negeri ini. Namun, beliau menjangkakan tabika berkenaan akan beroperasi dalam skala penuh menjelang tahun hadapan. “Buat masa ini, kita dalam fasa melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak Pendidikan Islam yang memberi penekanan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian Al-Quran di tabika ini nanti. “Tabika Pra Tahfiz KEMAS ini dibuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang keluarga kerana matlamat utamanya adalah untuk memberi pendedahan agama sejak kecil kepada anak-anak. “Kita menyasarkan sebanyak 150 Tabika KEMAS Pra Tahfiz akan beroperasi di Negeri […]

trending_flat

100 peserta terokai jejak sejarah, warisan Melaka

Oleh LIANA SAHABUDIN / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 8 Julai – Kira-kira 100 peserta diberikan pendedahan mengenai warisan dan sejarah Melaka pada Program Eksplorasi Jejak Seni @ Muzium Melaka dan Museum Heritage & Art Phonegraphy Competition. Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, aktiviti itu secara tidak langsung memberi ilmu baharu kepada generasi muda tentang sejarah yang ada di negeri ini. “Aktiviti ini bermula jam 8 pagi yang mana peserta perlu menjejaki produk warisan dan sejarah yang ada di Melaka membabitkan beberapa lokasi seperti Muzium Sejarah & Etnografi, Dataran Jalan Laksamana Melaka, Bukit Melaka, menara Jam Besar dan lain-lain. “Peserta juga diarahkan untuk mengambil gambar kawasan sejarah dan warisan itu untuk dipilih sama ada layak menjadi pemenang atau tidak. “Hasil karya mereka ini akan dipamerkan di Balai Seni sebagai tarikan baharu kepada pengunjung-pengunjung yang […]

trending_flat

Gempa bumit kuat melanda Kepulauan Bonin, Rantau Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 telah berlaku di Kepulauan Bonin, Rantau Jepun pada pukul 4:01 pagi hari ini. Maklumat kejadian tersebut adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:01 pagi, 8 Julai 2024Koordinat: 26.9° Utara 138.8° TimurLokasi: Kepulauan Bonin, Rantau JepunMagnitud: 6.0Jarak: 871km Selatan dari Hamamatsu,JapanKedalaman: 567 km Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia. "Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan." ujarnya.

trending_flat

Melaka perluas program berlandaskan nilai Islam – KM

Oleh MOHD FAIZ ABU HASAN / MELAKA HARI INI PAYA RUMPUT 7 Julai – Pelbagai program berlandaskan nilai islam akan terus dianjurkan di Melaka agar syiar Islam terus berkembang kepada seluruh rakyat negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri tidak akan meminggirkan nilai agama Islam dan akan memastikan ia terus diperluaskan menerusi pelbagai penganjuran program Islamik. Beliau berkata, selain memartabatkan Islam langkah itu sekali gus mampu mengembalikan kegemilangan Melaka pada kurun ke-14 yang dikenali dunia sebagai pusat penyebaran agama Islam dan kota perdagangan yang hebat suatu ketika dahulu. “Kita tidak akan meminggirkan sebarang program yang berlandaskan Islamik seperti ini dan akan terus tetap dianjurkan di Melaka untuk memastikan nilai-nilai kerohanian berkaitan agama Islam terus ditegakkan di negeri ini. “Oleh itu, pelbagai program akan dilaksanakan Kerajaan Negeri dan menyarankan ke semua masjid dan surau di […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Samar, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Samar, Filipina pada pukul 12:01 pagi hari ini. abatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:01 pagi, 7 Julai 2024Koordinat: 12.5° Utara 124.7° TimurLokasi: Samar, FilipinaMagnitud: 5.2Jarak: 44km Utara dari Calbayog City,FilipinaKedalaman: 113 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation