trending_flat

Arab Saudi Menawarkan Pengalaman Lengkap kepada Rakyat Malaysia yang Menggabungkan Ibadah dan Pelancongan

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, September 9, 2024 - Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi telah memperkenalkan beberapa langkah pemudah utama untuk warganegara Malaysia, menjadikan perjalanan mereka ke Mekah dan Madinah lebih mudah. Usaha-usaha ini membolehkan rakyat Malaysia menunaikan Umrah, melawat Masjid Nabawi, dan menerokai destinasi pelancongan yang pelbagai di Arab Saudi, termasuk tapak keagamaan, budaya, dan warisan di kedua-dua kota suci, serta mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan. Hasil daripada penambahbaikan ini, kunjungan ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses dan selamat bagi rakyat Malaysia. Melalui platform "Visit Saudi" atau semasa ketibaan di pintu masuk Arab Saudi, mereka kini boleh mendapatkan visa lawatan elektronik dengan mudah. Visa ini membenarkan kemasukan berulang kali dan tempoh tinggal sehingga 90 hari setahun. Pelawat boleh menunaikan Umrah, berdoa di Masjid Nabawi, dan bahkan melawat Al-Rawdah Al-Sharifah yang dihormati, dengan syarat tempahan dibuat lebih awal melalui platform kerajaan […]

trending_flat

Destinasi Perjalanan Unik: Arab Saudi Tawarkan Manfaat Eksklusif untuk Jemaah Umrah Malaysia

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, September 9, 2024 - Sejak pelancaran platform kerajaan bersepadu “Nusuk” pada tahun 2022 dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan digital dan maklumat komprehensif untuk menjadikan perjalanan Umrah lebih lancar daripada sebelumnya. Inisiatif ini selaras dengan matlamat beraspirasi tinggi untuk menyambut 30 juta jemaah sebagai sebahagian daripada Visi Saudi 2030. Hubungan antara Arab Saudi dan Malaysia bermula sejak era 1960an (1961), dan telah berkembang menjadi kerjasama strategik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Berikutan hubungan kukuh ini, Arab Saudi telah memasukkan Malaysia sebagai salah satu daripada 67 negara yang layak untuk visa lawatan elektronik melalui platform “Visit Saudi” atau semasa ketibaan di salah satu pintu masuk antarabangsa Kerajaan. Ini membuka pintu untuk rakyat Malaysia melawat Arab Saudi, menunaikan Umrah, berdoa di Masjid Nabawi, dan menerokai tapak bersejarah serta budaya di Mekah […]

trending_flat

Persidangan Arceo 2024 Diadakan di Indonesia: Mencapai Kelestarian Melalui Inovasi Digital

Bandung, Indonesia, 9 Sept 2024  (Bernama) - Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (Persidangan ARCEO) ke-44 telah diadakan dengan jayanya di Bandung, Indonesia, dari 2-5 September, 2024. Dengan bertemakan "Memacukan Kelestarian dengan Inovasi Digital," Persidangan ARCEO tahun ini memberi tumpuan kepada kelestarian dan pembangunan kereta api yang mesra alam yang disokong oleh transformasi digital di dalam aspek keselamatan dan perkhidmatan.Mewakili Indonesia, PT Kereta Api Indonesia (Persero) (KAI) telah dilantik sebagai jawatankuasa penganjur untuk Persidangan ARCEO itu, yang dihadiri oleh tujuh lagi pengendali kereta api ASEAN termasuk Keretapi Tanah Melayu (Malaysia), Vietnam Railways (Vietnam), Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan (Kemboja), Lao National Railways (Laos), Philippine National Railways (Filipina), Myanma Railways (Myanmar) dan State Railway of Thailand (Thailand).Dalam ucapan beliau, Menteri Pengangkutan bagi Republik Indonesia Budi Karya Sumadi menekankan bahawa Indonesia pada masa ini mengalami pertumbuhan yang ketara di dalam sektor kereta api […]

trending_flat

Permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh di buat di Malaysia sahaja

PUTRAJAYA, 7 September 2024 - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja. Katanya dalam satu kenyataan, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang. Baru-baru ini tular di sosial media bahawa terdapat projek cetakan MyKad di luar negara. Justeru, JPN mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara. Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

trending_flat

Tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, tangani kesulitan pengunjung wanita

PULAU PINANG, 6 September 2024 - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid telah merasmikan tiga buah gazebo baharu di Masjid Bukit Bendera, sebagai salah satu langkah mempertingkatkan kemudahan di masjid tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat danpelancong asing. Menurut Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu siaran media hari ini, pembinaan gazebo itu adalah untuk menangani masalah keterbatasan ruang dan kesulitan yang dihadapi oleh pengunjung, terutama kaum wanita. "Gazebo baharu ini menyediakan ruang yang lebih selesa untuk berehat, menyusukan anak, dan menjalankan pelbagai urusan lain dalam suasana yang tenang. Untuk makluman, Masjid Bukit Bendera ini merupakan salah satu masjid tertua di Parlimen Bukit Bendera, dibina pada tahun 1966, dan telah digazet sebagai Masjid Pelancongan. Selain menjadi pusat ibadah, masjid ini juga merupakan salah satu tarikan di Bukit Bendera, menerima kehadiran ramai pengunjung setiap hari, baik daripada kalangan penduduk tempatan mahupun […]

trending_flat

Saifuddin ke China hadiri Forum Keselamatan Global 2024

PUTRAJAYA, 6 September 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah berlepas hari ini ke China bagi menghadiri Forum Keselamatan Global 2024 di Lianyungyang City, China. Menurut satu kenyataan dari pejabat beliau, forum tersebut akan berlangsung pada 8 hingga 10 September, 2024. Semasa berada di sana, Saifuddin juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong. Selain itu, beliau juga akan turut bertemu dengan pelabur antarabangsa untuk perbincangan berkaitan bidang keselamatan.

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 9:06 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut   Waktu Kejadian: 9:06 pagi, 6 September 2024Koordinat: 5.6° Selatan 102.5° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.3Jarak: 193km Barat Daya dari Pagar Alam,IndonesiaKedalaman: 10 km

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation