trending_flat

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam yang berjihad melawan hawa nafsu ketika sebulan berpuasa. Keseronokan dan kegemaran terhadap nikmat makan, minum, dan pasangan wajib ditinggalkan sepenuhnya pada waktu siang demi memenuhi tuntutan rukun Islam yang ketiga: berpuasa di bulan Ramadan, yang bermula terbit matahari hingga tenggelam di ufuk barat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183) Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Umat Islam dikurniakan dua hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang disambut sejak zaman Rasulullah SAW hingga hari ini demi kelestarian Sunnah Nabi sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya perkara yang pertama kita mulakan pada hariraya kita ini ialah kita sembahyang, kemudian kita kembali ke rumah lalu kita menyembelih […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam 10:14 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:14 malam, 17 April 2024Koordinat: 33.2° Utara 132.4° TimurLokasi: Shikoku, JepunMagnitud: 6.3Jarak: 73km Timur dari Oita, JepunKedalaman: 46 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 - Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan di tujuh (7) buah negeri berikut : (i) Johor pada 18 April 2024 (Khamis);(ii) Sabah pada 20 April 2024 (Sabtu);(iii) Melaka pada 22 April 2024 (Isnin);(iv) Kelantan pada 2 Mei 2024 (Khamis);(v) Kedah pada 4 Mei 2024 (Sabtu);(vi) Pulau Pinang pada 5 Mei 2024 (Ahad); dan(vii) Terengganu pada 9 Mei 2024 (Khamis). Menurut Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI ini adalah kerjasama antara Kerajaan Negeri selaku tuan rumah dan Kementerian peneraju sebagai pelaksana bersama. "Majlis ini akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan. Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di samping membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra […]

trending_flat

Jarak bukan penghambat kemesraan Aidilfitri

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan masyarakat Muslim berkumpul, meraikan, dan bersyukur setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Nurfarahira Ahmad Yaccob Jauh di mata, dekat di hati, merupakan salah satu ungkapan yang sering meniti di bibir masyarakat apabila tidak dapat berjumpa dengan orang yang tersayang sewaktu menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tradisi budaya dan nilai yang sering diamalkan dan masih dikekalkan bagi masyarakat kita adalah pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan ini bersama ahli keluarga. Menelusuri tradisi budaya ini, kita mengetahui bahawa tidak semua orang diberi kesempatan untuk merasai sambutan hari raya yang meriah disebabkan kekangan waktu untuk bekerja pada hari perayaan. Tugas untuk berkhidmat dan mencari rezeki perlu diutamakan untuk menjamin kelangsungan hidup dan ekonomi keluarga yang […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di  Kepulauan Andaman, Rantau India

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Kepulauan Andaman, Rantau India pada jam 7:01 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:01 pagi, 17 April 2024Koordinat: 11.4° Utara 92.9° TimurLokasi: Kepulauan Andaman, Rantau IndiaMagnitud: 5.2Jarak: 43km Tenggara dari Port Blair,IndiaKedalaman: 65 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Bersama Pelabur di New York dari 14 - 16 April 2024, bersempena dengan kehadiran beliau dalam Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund – IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group – WBG) 2024 di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 - 19 April 2024. “Pelabur menunjukkan minat yang tinggi untuk memahami asas dan potensi ekonomi Malaysia serta kemajuan melaksanakan agenda pembaharuan Ekonomi MADANI. Keyakinan pelaburan lebih kukuh ekoran pembaharuan fiskal yang telah dilaksanakan Kerajaan termasuk mengurangkan defisit, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal serta penyasaran subsidi seperti elektrik dan air,” ulas Amir Hamzah. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), mesyuarat dan sesi dialog bersama pelabur kewangan dan pasaran modal tersebut diadakan untuk memberi penerangan mengenai kedudukan semasa ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk terus […]

trending_flat

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadhan sebagai kemenangan besar bagi umat Islam setelah sebulan berusaha melawan nafsu dan melaksanakan amal ibadah dengan tekun. Oleh itu, seluruh umat Islam merayakan kemeriahan dan kegembiraan bulan Syawal sebagai ungkapan kesyukuran kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “… Allah menghendaki kamu memperoleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menghadapi kesukaran. Dan supaya kamu sempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadan), dan supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Baqarah, ayat 185). Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Aidilfitri merupakan perayaan terbesar yang dianugerahkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar tradisi, ucapan, atau hidangan makanan semata-mata. Namun Aidilfitri adalah syariat yang diturunkan oleh Allah SWT bagi umat Islam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation