trending_flat

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan Aidilfitri di sepanjang bulan Syawal di Malaysia selalunya berlangsung dengan meriah; dengan pakaian pelbagai warna dan gaya, dan makanan tradisional dan moden yang beraneka rasa. Semasa musim perayaan juga, setiap isi rumah di Malaysia cenderung ke arah peningkatan pengambilan makanan dengan kadar gula yang tinggi. Di kala sibuk menyambut ketibaan Syawal, ibu bapa muda Malaysia menghadapi tanggungjawab kritikal untuk menjaga kesihatan pergigian anak-anak kecil mereka. Sambutan Hari Raya, biasanya tidak lengkap dengan makanan tradisional yang enak, aneka kuih-muih dengan kandungan gula yang tinggi serta minuman berkarbonat yang menyegarkan selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib Dr Noorhidayah Zainal Aalam Akan tetapi menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menanamkan dan mengekalkan tabiat pergigian yang sihat dan positif di dalam diri anak-anak sejak awal usia. […]

trending_flat

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku pada jam 12:41 pagi hari ini. Semalam ia berlaku pada jam 2:26 petang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 12:41 pagi, 14 April 2024Koordinat: 1.9° Utara 126.4° TimurLokasi: Utara Laut MalukuMagnitud: 5.3Jarak: 145km Timur dari Bitung,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Berfesyen di Aidilfitri: Antara keterujaan dan syariat Islam

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Persediaan umat Islam dalam menyambut kedatangan lebaran Aididilfitri yang berbaki tidak kurang dari seminggu merupakan detik yang sering menjadi keutamaan dalam setiap keluarga. Keterujaan dalam membuat persediaan menyambut Aidilfitri sering difokuskan kepada fesyen dan tema bagi setiap ahli keluarga selain daripada juadah yang bakal dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai jenis fesyen untuk golongan lelaki, perempuan dan kanak-kanak menjadi titik fokus kepada pengusaha pakaian untuk menghasilkan pakaian dengan pelbagai jenama, fesyen, fabrik dan harga yang berbeza berdasarkan metod jualan sama ada secara atas talian, butik, bazar atau pasaraya. Dr Ariyanti Mustapha Keterujaan umat Islam dalam berbelanja untuk membeli pakaian baru sempena Aidilfitri adalah dituntut dalam Islam sebagai menzahirkan kesyukuran dan kejayaan umat Islam dalam mengharungi ujian berlapar, dahaga dan kepenatan sepanjang beribadah pada bulan Ramadan. Perkara tersebut adalah selari dengan tuntutan menghidupkan Sunnah iaitu berhias dengan pakaian-pakaian cantik […]

trending_flat

Malaysia apa yang akan kita wariskan?

Oleh: Dr Alwani Ghazali Ramadan adalah bulan mulia, bulan barakah dan bulan terbaik mengutip pahala berganda. Dari sisi yang lain juga Ramadan tidak menjanjikan pulangan ganjaran lumayan jika tiada ujian di dalamnya. Dr Alwani Ghazali Pada Ramadan tahun ini umat Islam sedunia menyaksikan penderitaan saudara mereka di Palestin, Syria dan Lubnan. Bahkan nasib saudara Muslim di Myanmar dan Kemboja juga masih di tahap yang menyedihkan. Di samping ujian ketidakcukupan dan kesedihan, dalam konteks Malaysia, masyarakat Muslim juga tidak kurang diuji dengan emosi pelbagai yang lain. Dapat dikatakan bahawa emosi yang mendominasi ruang awam ketika ini adalah emosi marah yang masih belum reda. Ia bermula sejak isu ditulisnya kalimah Allah di atas stoking yang dijual di KKMart, dan baru-baru ini, timbul pula kontroversi sejurus tularnya video YBM Fadhlina Sidek yang berkongsi pada kelompok kecil guru agama berkenaan praktis beliau dengan anak-anak […]

trending_flat

Muat Naik Maklumat Palsu: Pengendali Akaun dipanggil Rakam Percakapan

CYBERJAYA, 12 April 224 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun media sosial MyNewsHub untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. Kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, "Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!" yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam. "Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam, video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan." kata MCMC. MCMC turut mengingatkan orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan […]

trending_flat

Aidilfitri: Pembebasan kepada fitrah dan pembebasan dari penjajahan

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Setelah mengharungi sebulan berpuasa, syukur kepada Allah SWT kerana kita diberikan kesempatan sepanjang bulan Ramadan ini untuk melaksanakan kewajipan berpuasa dan pada masa yang sama meningkatkan amal ibadah yang lain. Bukan Ramadan adalah bulan untuk melipatgandakan amalan dan berusaha untuk mencapai nilai ketaqwaan yang dijanjikan Allah. Pada masa yang sama berusaha untuk mendapat keampunan Allah daripada segala dosa yang telah dilakukan sebelum itu. Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Perkataan ‘Aid’ membawa maksud perayaan atau sambutan yang berasal daripada maksud kembali. Manakala ‘fitri’ pula membawa maksud fitrah atau asal semula jadi. Justeru, maksud kepada ‘Aidilfitri’ ialah kembali kepada fitrah, dalam erti kata bahawa kita kembali daripada kem pentarbiahan bulan Ramadan sebelum itu dan tibanya pada awal Syawal sebagai tanda pembebasan dan kemenangan mengharunginya selama tempoh sebelum. Hari raya ‘Aidilfitri’ ini disambut oleh semua lapisan masyarakat […]

trending_flat

Diplomasi menjelang Aidilfitri jamin keteguhan institusi keluarga

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa dan tanda berakhirnya bulan Ramadan. Semua umat Islam tidak kira bangsa akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah. Ianya turut dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Ia juga merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban atau Aidiladha. Dr. Azmawaty Mohamad Nor Di dalam menyambut hari raya, wujud isu pulang beraya di kampung siapa yang boleh menyebabkan salah faham dalam kalangan pasangan suami isteri dan ahli keluarga. Seringkali kita dengar di awal bulan puasa sudah bermulalah perbincangan hendak pulang beraya di mana. Kampung suami atau kampung isteri? Sekiranya perbincangan tidak berjalan dengan baik, tidak pelik apabila suami mungkin akan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan manakala isteri akan beralah. Persoalannya adalah perlu untuk para […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation