trending_flat

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia menghasilkan lebih 8 juta tan metrik sisa makanan setiap tahun, atau hampir 20 ribu tan setiap hari. Lebih memeranjatkan, 24 peratus daripada jumlah ini, atau sekitar 4 ribu tan sisa tersebut merupakan makanan yang masih elok untuk dimakan. Jumlah ini dikatakan mencukupi untuk menyediakan makanan sebanyak 3 kali sehari kepada 2.9 juta individu. Menyedari hakikat ini, seramai 10 orang mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah meluangkan masa bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘The Lost Food Project’ menyelamatkan lebih 100 kilogram sayur-sayuran dan buah-buahan dari pasar dan pembekal di seluruh Lembah Klang, baru-baru ini. Sayur tersebut kemudiannya telah diagihkan kepada PPR sekitar Kuala Lumpur. Sukarelawan dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Muhammad Irfan Mohd Sukri “Walaupun kami hanya berkesempatan untuk menyertai aktiviti […]

trending_flat

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan caj denda satu peratus setiap hari jika pengguna tidak membuat pembayaran pada waktu yang ditetapkan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Ia turut menyertaan ‘kiraan’ caj lewat bayar iaitu jumlah bil yang perlu dibayar akan didarab dengan peratusan yang mengikut hari bayaran lewat. Sebagai contoh, sehari lewat satu peratus dan lima hari lewat lima peratus. Semakan JomCheck mendapati TNB telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook rasmi mereka (TNB Careline) bagi menepis dakwaan berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai sebaran informasi palsu. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Formula sebenar caj lewat bayar oleh TNB dikira berdasarkan satu peratus daripada jumlah bil tertunggak didarab dengan jumlah hari tunggakan yang kemudiannya dibahagi dengan 30 hari. Sumber:Laman Facebook Rasmi TNB Careline: https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/adakah-anda-menerima-maklumat-palsu-mengenai-surcaj-lewat-bayar-sebanyak-1-diken/805670058258224/ Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225510/tnb-nafi-maklumat-tular Beberapa isi tambahan berkenaan […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia pada pukul 2:33 pagi hari ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa bumi tersebut terletak 3.4° Selatan dan 131.0° Timur dengan kedalaman 50 km. 278km Selatan dari Sorong, Indonesia. Kata MET Malaysia lagi, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Selepas kejadian tersebut berlaku satu kejadian gempa bumi sederhana di kawasan itu pada jam 4:37 pagi, di kedudukan 3.3° Selatan 130.9° Timur dengan kedalaman 274km Selatan dari Sorong, Indonesia. Juga, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

trending_flat

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang menyatukan unsur-unsur pendidikan (didik) dengan elemen hiburan dalam satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran. Dalam konteks ini, kegiatan pendidikan tidak hanya dipandang sebagai proses yang terlalu serius dan formal, tetapi juga sebagai suatu pengalaman yang menggembirakan dan merangsang minat serta keinginan untuk belajar. Pendekatan ini juga membuat pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat membantu murid memahami dan mengingati maklumat dengan lebih baik. Aktiviti-aktiviti dalam didik hibur yang dijalankan mungkin tidak hanya memfokuskan kepada penyampaian fakta dan konsep, tetapi juga melibatkan interaksi sosial dan kreativiti. Dr. Abd. Aziz Rekan Hafeezur-Rahman Awel Dengan cara ini, pembelajaran menjadi lebih menyeluruh dan berkesan, serta membantu mengembangkan pelbagai aspek kemahiran dan kepintaran murid. Dalam konteks pendidikan moden, didik hibur merupakan kaedah penting kerana setiap murid dianggap mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan salah satunya adalah […]

trending_flat

Tuduhan Kilang Bihun Beroperasi Dalam Ladang Babi Adalah Isu Lama Yang Tidak Benar

Oleh JomCheck Tular kembali di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang mendakwa bahawa sebuah kilang bihun didapati beroperasi di dalam ladang babi. Ia telah ditutup pada tahun 2007 namun kembali beroperasi semula dengan nama syarikat yang lain. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Mesej berkenaan turut mendakwa bahawa pengoperasian semula kilang berkenaan telah diubah ke lokasi yang lain dan turut menyenaraikan beberapa syarikat dengan pemilik sama serta produk-produk untuk seruan boikot. Semakan JomCheck mendapati bahawa MalaysiaKini telah menepis fakta hantaran berkenaan pada tahun 2022 dan isu ini telah bermula sejak 16 tahun lalu namun masih berlegar sehingga ke hari ini. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Mesej tular telah mencampur adukkan dan menyalah guna bahan dari pelbagai sumber termasuk dari luar negara untuk mencipta naratif palsu. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/647424JAKIM: https://www.facebook.com/HabHalalJakim/posts/penjelasan-status-halal-produk-kilang-bihun-bersatu-sdn-bhd-kbb-sb30-safar-1438-/720515311441078/ Kami leraikan segala perkaitan berhubung isu ini untuk memudahkan […]

trending_flat

Sah, Kerang-Kerangan Sekitar Port Dickson Tidak Selamat dimakan Buat Masa Ini

Oleh : JomCheck Tular di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang menyeru supaya orang ramai mengelak daripada makan kerang-kerangan kerana disyaki tercemar susulan kes keracunan makanan yang dilaporkan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan. View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Sebagai tindakan berjaga-jaga, Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Melaka juga melarang sebarang aktiviti pengeluaran, penjualan dan pengambilan sumber kupang dari perairan negeri Melaka. Hal ini kerana, didakwa bahawa kes keracunan makanan yang berlaku berpunca daripada pengambilan sumber kupang dari negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ketika JomCheck mula membuat semakan berkenaan isu ini, didapati bahawa keputusan siasatan oleh DOF telah dikeluarkan dan hanya kupang di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan sahaja dicemari. STATUS: BENARPENJELASAN: Analisis daripada makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur menemui alga berbahaya di perairan Port Dickson yang menyebabkan kupang di kawasan tersebut tidak selamat dimakan. Poin […]

trending_flat

Hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Mutakhir ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan masih bertelagah isu lama yang diulangsiar saban hari seperti isu khilafiyyah dengan tema bid’ah, dan isu semasa seperti boikot dan serangan Iran ke atas Israel. Ramai agamawan sahut menyahut dalam merespons dan memberi pandangan walau sebahagiannya tidak mempunyai kepakaran dan ilmu berkaitan. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Sedangkan setiap bidang ilmu, ada pakar yang memiliki kepakaran yang khusus. Begitu juga dengan bidang agama, ada bidang-bidang kepakaran yang khusus. Dalam pengajian Islam, pada dasarnya terdapat tiga komponen bidang utama, iaitu pengajian Syariah, Pengajian Usuluddin, Pengajian Tasawwuf atau akhlak serta bidang-bidang lain yang berkaitan seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bidang pengajian Islam kini telah berkembang secara dinamik, lebih kompleks dan berfokus. Berbeza dengan ketekunan dan kemampuan ulama zaman silam […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation